Henry letak jawatan ekoran komen rasis

NEW DELHI: Hos rancangan televisyen New Zealand Paul Henry meletak jawatan semalam selepas mencetuskan kemarahan orang ramai apabila membuat komen tentang Ketua Menteri Delhi Sheila Dikshit.

Beliau ketawa beberapa kali ketika gagal menyebut dengan betul, perkataan "Dixit" dalam bahasa Inggeris. Para pegawai India mengutuk komen beliau sebagai rasis dan melampau.

Henry telah pun digantung dari jawatannya kerana menyifatkan Gabenor Sir Anand Satyanand, yang berketurunan India-Fiji, bukan rakyat pribumi New Zealand.

Ketika kontroversi timbul selepas beliau membuat kenyataan itu minggu sudah, kenyataan lebih awal tentang Dikshit muncul semula.

Ketika menjadi hos program sarapan pagi TVNZ, Henry memberitahu para penonton dua minggu lalu bahawa nama Dikshit adalah "sesuai kerana beliau adalah bangsa India."

"Saya telah mengenali beliau sejak sekian lama dan saya ketawa sejak itu," katanya.

Komen beliau mencetuskan kemarahan rakyat di kedua-dua negara, New Zealand dan India.

Kementerian Luar India memanggil Pesuruhjaya Tinggi New Zealand minggu lalu untuk mendaftar protes itu secara rasmi.

Kerajaan New Zealand memohon maaf di atas komen Henry, menyifatkannya sebagai "tidak sensitif kepada budaya dan memalukan."

No comments

Powered by Blogger.