Hero Manik Urai tidak di Galas.

Langkah yang diambil oleh BN melantik YBM Tengku Razaleigh (Ku Li) sebagai Pengarah Pilihanraya Kecil DUN Galas adalah tindakan yang tepat, ini kerana Ku Li sebagai Ketua UMNO Bahagian tahu dimana kelebihan yang ada pada BN dalam menghadapi parti lawan nanti. Yang tidak patutnya ialah melantik Dato' Mustapha Mohamed (Tok Pa) sebagai Penolong Pengarah Pilihanraya Kecil kerana Tok Pa adalah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan dan juga Pengerusi BN Kelantan.

Akan berlakulah sedikit kekeliruan dalam proses memberi arahan daripada Pengarah Pilihanraya kepada anak buahnya dibawah, ini bererti dalam menjalankan keputusan jentera DUN Galas Tok Pa kena ikut arahan Ku Li dan apabila sampai arahan daripada Badan Perhubungan UMNO Negeri maka Ku Li kena ikut arahan Tok Pa. (seperti cerita wayang kulit jeh).

Sekiranya amalan melantik Ketua Bahagian ini berlaku di pilihanraya kecil DUN Manik Urai dulu, BN dah dapat tambah kerusi DUN kerana Ketua Bahagian tahu bagaimana kaedah yang patut digunakan disaat-saat akhir dan Ketua Bahagian tahu siapa yang patut diberi sebagai calun serta dapat menyusun jentera ikut acuah politik di kawasan tersebut. Apakah kerana pucuk pimpinan sudah sedar dari kesilapan di DUN Manik Urai maka bagi DUN Galas ini suara dan peranan yang besar hendaklah dipikul oleh Ketua UMNO Bahagian.

Maka Ku Li pun jadi mustahak kepada BN tidak semacam Dato' Romzi yang disisih secara terhormat dalam pilihanraya kecil DUN Manik Urai lalu, peranan Romzi selaku Ketua Bahagian hanyalah sebagai pengiring kepada pembesar parti yang datang untuk berkempen dan apabila BN kalah maka berbagai bagai tuduhan dilemparkan kepada Romzi dalam erti kata sejak mula letak kerja, Romzi sudah diketepikan.

Nampaknya kesilapan lalu telah di baiki untuk DUN Galas, tapi malangnya sikap pemimpin UMNO Kelantan dan pusat telah keterlaluan melayan Ku Li. Ini dapat dilihat dalam dua peristiwa iaitu kembalinya Ku Li dari luar negara disambut oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan dan penyokong Ku Li di KLIA sedangkan sebelum daripada ini entah berapa puluh kali Ku Li ke luar negara tak ada siapa pun yang sambut semasa pulang melainkan Lokman dan beberapa orang yang rapat dengan Ku Li.

Yang keduanya, program lawatan Tan Sri Muhyidden Yassin ke Galas sepatutnya berlangsung pada 13hb. Oktober nanti, tapi dibatalkan kerana dengarnya pada waktu itu Ku Li tidak dapat berada di Galas kerana ada urusan lain di Kuala Lumpur? (mengikut sumber). Jadi betullah kata kawan-kawan kedai kopi, Ku Li itu adalah seorang negarawan. Negarawan apabila diperlukan.

Begitu juga dengan menentukan siapa calun yang akan dipilih, pucuk pimpinan parti telah memberi kuasa veto kepada Ku Li untuk memilih calun hatta sekiranya Ku Li mahu kepada dirinya sendiri sebagai calun pucuk pimpinan tidak akan menolak, walaupun dalam pilihanraya umum ke 12 lalu undi Ku Li juga tidak dapat mengatasi undi PAS di DUN Galas.. Itu semua dibuat kerana BN mahu menang, tapi kuasa pemilihan calun di DUN Manik Urai tidak datangnya dari Ketua Bahagian, boleh jadi itulah sebabnya BN kalah di Manik Urai.

Di DUN Galas ini, buatlah apa cara sekalipun, lantiklah siapa Pengarah Pilihanaraya, taburlah janji pembangunan berapa ratus juta sekali pun sekiranya BN tidak dapat memenangi pengundi cina dan mendapat sokongan pengundi wanita dan puteri adalah terlalu amat tipis untuk BN menang, mungkin PAS akan menang dengan mejoriti lebih daripada 646 undi.

http://newkk.blogspot.com/2010/10/hero-manik-urai-tidak-di-galas.html

No comments

Powered by Blogger.