Hindarkan Fitnah Dan Tohmahan, Pastikan BN Tumbang Dulu.

Oleh farzu

"Kepada semua pejuang-pejuang yang ingin melihat kezaliman dihancurkan di bumi Malaysia, kita harus menumbangkan BN terlebih dahulu. Lupakan sengketa antara pejuang-pejuang. Janganlah mudah termakan fitnah dan tohmahan pihak-pihak musuh.

Bertahanlah dengan terjahan-terjahan dari pihak musuh yang mahu kita semua terjerumus kepada perkelahian. Pejuang-pejuang juga tahu bahawa kita tiada kemudahan-kemudahan yang pihak musuh miliki tetapi kita semua mempunyai semangat juang yang tinggi, kita tidak mempunyai harta atau wang ringgti tetapi kita akan dibeli semata-mata menggadai perjuangan.


Wahai para pejuang jangan sekali-kali kita mengeluarkan kenyataan secara membabi buta, pihak musuh sentiasa memmerhatikan kita dan mengharapkan kita tersilap. Segala kesilapan kita mereka akan dedahkan sebagai satu kesalahan yang amat besar. Jangan pula kita berebut-rebut untuk meraih jawatan dan kepentingan diri, akhirnya kita lupa tentang tanggungjawab kita dalam perjuangan.

Memanglah sukar untuk menghadapi musuh-musuh dari luar dan dalam, berserahlah kepada Allah s.w.t. Wahai pejuang-pejuang janganlah mudah mengalah dengan fitnah dan tohmahan kerana itulah yang menyebabkan kita berpecah. Musush-musuh memang suka kalau kita berpecah dan senang bagi mereka menafikan perjuangan ikhlas kita. Semoga para pejuang tidak luntur semangat dan terus menaburkan bakti untuk menumbangkan satu kerajaan zalim yang dipimpin oleh golongan yang taksub pada harta, wang ringgit dan kuasa. Jauhkanlah diri kita dari sifat-sifat munafik seperti golongan musuh yang kita kenali.

Bekalkanlah diri dengan kekuatan mental dan fahaman yang kuat dalam dasar perjuangan agar kita tidak tersungkur dengan fitnah dan tohmahan. Janganlah kita mudah melatah dan melenting jika pemintaan-pemintaan kita tidak dapat ditunaikan oleh pemimpin-pemimpin kita. Bersatulah demi menumbangkan satu kerajaan yang zalim umpama setan bertopengkan manusia. Jauhkanlah diri dari sifat-sifat tamak dan mementingkan diri, utamakanlah semangat perjuangan yang berlandaskan ketaqwaan.

No comments

Powered by Blogger.