Imigresen Kedah Tahan 31 Pekerja Ladang Warga Asing
ALOR SETAR, 11 Okt (Bernama) -- Jabatan Imigresen Kedah menahan 31 pekerja ladang warga asing yang didapati tiada dokumen sah, menyalahgunakan pas dan tinggal melebihi tempoh dalam satu operasi di Felda Lubok Merbau, Padang Terap pada Ahad.
Pengarah Imigresen Kedah Muhammad Hatta Kassim berkata Ops Hijau bermula pukul 12 tengah hari hingga 6 petang itu melibatkan 17 orang pegawai yang diketuai oleh Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasa Imigresen Kedah Saiful Rizam Hamzah dan turut mendapat bantuan kira-kira 40 penduduk kampung.
Katanya tangkapan itu melibatkan empat lelaki warga Bangladesh, seorang lelaki Pakistan, empat lelaki warga Indonesia, 19 lelaki Myanmar, seorang wanita warga Myanmar serta seorang lelaki dan seorang wanita warga Kemboja.
"Mereka berumur antara 16 dan 34 tahun. 29 orang ditahan atas kesalahan Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002) kerana tiada dokumen sah. Seorang lagi, lelaki warga Pakistan ditahan kerana kesalahan di bawah Perkara 39B Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar atau gagal mematuhi mana-mana syarat pas, permit atau pas sempadan.
"Lelaki Pakistan itu sepatut melakukan kerja-kerja ladang tetapi turut menjual kain. Seorang lagi, lelaki warga Kemboja pula tinggal lebih masa dan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini Isnin.
Muhammad Hatta berkata kesalahan mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen boleh dikenakan denda tidak lebih daripada RM10,000 atau penjara bagi tempoh tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya dan boleh disebat tidak lebih daripada enam sebatan, jika sabit kesalahan.
Kesalahan mengikut Perkara 39B Peraturan-peraturan Imigresen pula boleh dikenakan denda tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Bagi kesalahan 15(1)(c) Akta Imigresen pula boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM10,000 atau penjara bagi tempoh tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, katanya.
Katanya operasi itu yang mensasarkan pekerja-pekerja ladang hasil maklumat awam dan risikan pihaknya memeriksa seramai 45 pekerja ladang dan hanya 14 memiliki dokumen sah.
Mereka yang telah bekerja di ladang itu kira-kira setahun, kini ditahan di lokap Imigresen di sini dan akan dibawa ke depot tahanan di Belantik, Sik.
Katanya pihaknya juga sedang menyiasat majikan pekerja-pekerja asing ini.
Operasi itu juga diadakan hasil daripada maklumat penduduk kampung yang mengadu bahawa ada pekerja asing mencuri getah sekerap mereka.

No comments
Post a Comment