IPU Bertegas Kes Fitnah II Harus Dihentikan

Oleh Suara Keadilan

IPUKUALA LUMPUR 21 Okt - Kesatuan Antara Parlimen dalam resolusi yang diluluskan pada mesyuarat lembaga badan itu 6 Oktber lalu meluluskan resolusi berhubung perbicaraan Fitnah II terhadap Ketua Oposisi, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa prosiding yang dijalankan adalah cacat dan menimbulkan kesangsian serius terhadap keabsahan kes terhadap beliau.

Menurut resolusi yang diluluskan pada sesi ke-187 badan itu, antara faktor yang menyumbang kepada ketidak yakinan terhadap aspek ketelusan berkaitan kes itu termasuk Anwar disabitkan dengan pertuduhan berkenaan ketika beliau aktif semula dalam arena politik.

"Fakta yang menunjukkan pihak yang menuduh (Mohd Saiful Bukhari Azlan) berkunjung ke kediaman Timbalan Perdana Menteri ketika itu serta bertemu seorang pegawai polis berpangkat Assisten Pesuruhjaya Polis menguatkan lagi persepsi kes tersebut bermotifkan politik.

"Juga pembabitan Peguam Negara dalam kes pertama yang dihadapi Anwar serta penglibatan beliau dalam kes yang sama bagi kali kedua serta penolakan semua permohonan mendapatkan dokumen dan bukti secara sistematik dan dakwaan hubungan intim antara penuduh dan pendakwa raya menjadi faktor kuat kes ini timbul atas pertimbangan politik," kata kenyataan IPU hari ini.

IPU berkata atas pasukan pendakwaan telah tercemar akibat hubungan romantis yang terjalin sehingga ke tahap perbicaraan harus dihentikan.

Badan itu berpendapat prosiding yang telah terjejas tidak haris diteruskan kerana ia tidak akan menegakkan prinsip keadilan.

"Walaupun pihak pembelaan telah berkali-kali meminta kes terhadap Anwar digugurkan atas alasan yang diberikan, mahkamah tetap mahu meneruskan perbicaraan. Oleh itu IPU akan memastikan pemerhati akan memantau perjalanan kes sekurang-kurang semasa prosoding yang penting," kata IPU lagi.

No comments

Powered by Blogger.