Jumlah pencalonan bukan jaminan kemenangan
KUALA LUMPUR: Naib Presiden Mustaffa Kamil Ayub yang bertanding jawatan timbalan presiden PKR berkata jumlah pencalonan cabang tidak menggambarkan pilihan sebenar hari pemilihan.
Menurutnya, ahli PKR sudah matang dalam membuat penilaian memilih presiden parti.
"Saya menghormati kekuatan Azmin Ali dan Dato’ Zaid Ibrahim tetapi mereka juga ada kelemahan. Tetapi saya bersama parti sejak 12 tahun lalu, ahli boleh menilai saya.
"Peluang untuk saya menang tetap ada dan saya juga mendapat sokongan dari seluruh negara," katanya dalam sidang akhbar di ibu negara petang ini.
Ketika ini Mustafa, yang juga Ketua PKR Perak mendapat empat pencalonan jawatan timbalan presiden PKR. Azmin mendapat 90 pencalonan manakala Zaid di tangga kedua dengan 33 pencalonan.
Mustaffa berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan mengenai pencalonan sedikit dan kekalahan beliau dalam merebut jawatan ketua cabang Pasir Salak.
Beliau berkata dalam pemilihan naib presiden PKR 2007 beliau mendapat pencalonan tangga ke enam. Dalam pemilihan di Seremban beliau mendapat undian ketiga terbanyak.
“Maknanya jumlah pencalonan tidak boleh dijadikan ukuran kemenangan," katanya.

No comments
Post a Comment