Komanwel: Kien Keat/Ee Hui Menang Emas Bergu Campuran

NEW DELHI, 14 Okt (Bernama) -- Pasangan bergu campuran Malaysia Koo Kien Keat dan Chin Ee Hui menewaskan pilihan utama Jenny Walkwork dan Natan Robertson dari England bagi meraih pingat emas dalam pertandingan akhir badminton bergu campuran.

Koo Kien Kiat dan Chin Ee Hui menewaskan lawan mereka 22-20, 21-12 hanya dalam masa 36 minit di Kompleks Sukan Siri Fort di sini.

Ini merupakan pingat emas pertama dimenangi pada hari terakhir Sukan Komanwel 2010 di sini.

Semua perhatian kini tertumpu kepada pemain badminton Malaysia kerana pertandingan akhir badminton Sukan Komanwel ini menawarkan lima pingat emas.

No comments

Powered by Blogger.