Lorenzo raih petak depan MotoGP Grand Prix Malaysia
SEPANG 9 Okt. - Pendahulu MotoGP dunia musim 2010, Jorge Lorenzo meraih petak depan perlumbaan MotoGP Grand Prix Malaysia esok selepas mencatat masa terpantas pada sesi kelayakan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini, hari ini.
Lorenzo, yang masih mendahului senarai kedudukan keseluruhan pelumba musim ini dengan mengumpul 297 mata, mencatatkan masa terpantas dua minit 1.537 saat.
Penunggang berusia 23 tahun dari Sepanyol itu hanya perlu menduduki tempat sembilan ke atas pada perlumbaan esok sebelum dinobatkan sebagai juara keseluruhan MotoGP musim ini.
Petak kedua dimiliki pelumba Amerika Syarikat, Nick Hayden, dari pasukan Marlboro Ducati, yang hanya ketinggalan 0.100s manakala pelumba Itali, Andrea Dovizioso, dari pasukan Repsol Honda akan memulakan perlumbaan di petak ketiga dengan catatan masa 2:01.829s. - Bernama

No comments
Post a Comment