Mahu Tumpu Ekonomi Selangor, Khalid Tarik Diri Daripada Bersaing
SHAH ALAM, 17 Okt - Pembatalan hasrat untuk bertanding jawatan nombor dua Parti KEADIALN adalah perlu bagi memperkukuhkan persiapan parti menghadapi pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Memandang PRU bakal menyusul tidak lama lagi, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada pembangunan Selangor, dan memastikan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban yang dijanjikan terlaksana dalam urus tadbir negeri.
Tan Sri Khalid yakin keputusan menarik diri dari persaingan Timbalan Presiden KEADILAN adalah yang terbaik untuk parti.
Menurut Khalid, tugas pertama baginya adalah menjadikan kerajaan Pakatan Rakyat (Pakatan) di Selangor menjadi model kerajaan dinamik, berprinsip dan berpaksikan kebajikan rakyat.
“Kami berkeyakinan untuk mensasarkan kemenangan majoriti dua pertiga pada pilihan raya akan datang, mengekalkan kerusi-kerusi parlimen dan memenangi lima lagi kerusi Barisan Nasional(BN) sebagai sumbangan terhadap membentuk Kerajaan Persekutuan pada pilihan raya umum,” tegas Khalid.
Pertarungan untuk jawatan nombor dua Parti KEADILAN bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Naib Presiden Azmin Ali, Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Zaid Ibrahim dan Pengerusi KEADILAN Perak, Mustaffa Kamil Ayub.
Selain Khalid, Ahli Parlimen Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua juga turut menarik diri daripada persaingan ini.
Sementara itu, Khalid melahirkan keyakinan setiap calon yang bertanding dalam pemilihan kali ini adalah individu-individu yang berkebolehan tinggi.
Beliau berharap semua yang terbabit agar mengamalkan kempen politik yang sihat.
“Semoga pemilihan KEADILAN penuh dengan perbincangan mendalam mengenai prinsip-prinsip asas serta hala tuju parti kita serta rancangan mantap untuk mencapai kejayaan pada pilihan raya umum akan datang,” kata Khalid.

No comments
Post a Comment