Majlis Raja-Raja Bermesyuarat Hari Ini

KUALA LUMPUR, 13 Okt – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, mempengerusikan mesyuarat ke-222 Majlis Raja-raja di Istana Negara di sini hari ini.

Mesyuarat itu dihadiri semua Raja Melayu kecuali Pahang, yang diwakili Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Perak, Pemangku Sultan Raja Dr Nazrin Shah Sultan Azlan Shah.

Ini juga merupakan mesyuarat pertama Sultan Muhammad V selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan bulan lepas.

Baginda semua diiringi Menteri Besar masing-masing, Yang Dipertua Pulau Pinang dan Melaka oleh Ketua Menteri, manakala Yang Dipertua Sabah dan Sarawak pula diiringi wakil ketua menteri.

Malam ini, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin akan meraikan semua Raja Melayu dan Yang Dipertua Negeri dalam satu istiadat santapan malam sempena mesyuarat itu.

No comments

Powered by Blogger.