Mayat Murid Tahun Enam Yang Lemas Ditemui
KUALA KRAI, 17 Okt (Bernama) -- Mayat seorang murid Tahun Enam yang hilang di Sungai Kelantan, dekat Dabong tengahari kelmarin ditemui kira-kira pukul 11.15 pagi ini.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Nasir Hassan berkata mayat Raja Nurafi Raja Hussain, 12, ditemui kira-kira satu kilometer dari tempat mangsa dilaporkan terjatuh.
"Operasi mencari dan menyelamat yang masuk hari ketiga diteruskan seawal 9 pagi tadi dan anggota penyelamat telah melakukan operasi menyelam dengan jarak lebih jauh iaitu lima kilometer dari tempat mangsa tetapi tidak menemui sebarang petunjuk.
"Anggota kita berpatah balik mencari tidak jauh dari kawasan mangsa terjatuh iaitu berhampiran muara Sungai Galas dan Sungai Pergau dekat Dabong itu, dan melihat satu objek terapung sebelum mengenal pasti ia adalah mayat mangsa," katanya kepada Bernama, pada hari Ahad.
Nasir berkata mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis dan difahamkan dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat.
Raja Nurafi, murid Sekolah Kebangsaan Dabong, dipercayai terjatuh di sungai itu kira-kira pukul 11 pagi kelmarin.
Anak bongsu dari tujuh beradik itu dikatakan sempat meminta duit RM1 daripada ibunya sebelum keluar dari rumah.
Dia kemudian dipercayai telah pergi ke sungai tanpa memaklumkan kepada kedua ibu bapanya sebelum dilaporkan terjatuh ke dalam sungai tersebut.

No comments
Post a Comment