Menyingkap hari-hari terakhir Umno-BN
Hari-hari terakhir bagi sesebuah pemerintahan atau kerajaan menjadi sangat nyata apabila ianya semakin zalim dan korup. Begitulah keadaannya dengan Umno-BN di Malaysia. Dalam konteks ini, Johor yang kononnya sebagai benteng kuat Umno tidak terkecuali.
Beberapa hari yang lalu, suasana perayaan Aidilfitri anjuran PKR Johor yang pada mulanya meriah dan berjalan lancar telah menjadi ribut apabila sepasukan polis tiba-tiba menceroboh masuk ke dalam kawasan rumah persendirian di Kampung Air Manis, Kulaijaya tempat jamuan hari raya itu diadakan.
Pada malam Sabtu 8 Oktober itu, kira-kira 40 orang anggota polis yang diarah sendiri oleh Ketua Polis Daerah, DSP Zulkefly Yahya, telah merentap mikrofon ketika Pengerusi Keadilan Negeri, Datuk Chua Jui Meng, sedang berucap. Selepas itu, mereka merampas pula peralatan siaraya yang lain termasuk dua keping banner di situ.
Syed Hamid Ali
Mengapakah polis yang kononnya “tegas, adil dan berhemah” itu bertindak sebegitu rupa? Zulkefly Yahya tidak ada jawapan lain kecuali membebelkan “tidak ada permit”.
Kalau itulah alasannya, kami ingin bertanya: berapa ribukah permit yang telah dikeluarkan oleh pihak polis, dan berapa ratuskah majlis rumah-terbuka yang telah mereka serbu sepanjang musim perayaan ini?
Peristiwa polis menceroboh kawasan persendirin atas alasan “tidak ada permit” sudah pernah berlaku beberapa kali. Kejadian di Sungai Tongkang, Rengit pada malam 31 Julai masih segar dalam ingatan. Ketika itu, ribuan orang sedang menunggu untuk mendengar ceramah anjuran PKR di kawasan markas PAS.
Pada masa itulah, ratusan orang polis termasuk dari unit FRU telah dikerah untuk menceroboh masuk ke kawasan yang berkenaan serta memecahkan pintu stor dan merampas peralatan siaraya yang terkunci di dalamnya. Pada masa yang sama, mereka juga telah bertindak memukul serta mencederakan sejumlah orang, dan menangkap beberapa yang lain.
Semua ini tidak dapat dilupakan. Akan tetapi, mengapakah polis yang sepatutnya profesional bertindak sedemikian rupa?
Dari dua contoh di atas, saya buat kesimpulan begini: Pemerintah yang sudah tidak berupaya, dan institusi kerajaan yang sudah korup serta tidak berwibawa, kedua-duanya akan berpaut erat antara satu sama lain. Demi survival, mereka akan berganding melakukan apa saja, tanpa mempedulikan nasib serta masa depan negara dan rakyat.

No comments
Post a Comment