MP Kula diminta bercuti, kata Kit Siang

KUALA LUMPUR, 2 Okt — Naib pengerusi DAP Perak M. Kulasegaran telah diminta berehat buat sementara, pada hari wakil rakyat itu sepatutnya mengadakan sidang media mendedahkan krisis membabitkan kepimpinan negeri itu, kata penasihat parti Lim Kit Siang hari ini.

“Beliau tidak minta, tapi perkara itu disyorkan kepada beliau agar pergi bercuti,” kata Lim ketika dihubungi The Malaysian Insider petang ini.

Bagaimanapun Lim enggan mengulas lanjut.

“Cukuplah untuk satu hari,” kata beliau.

Kulasegaran, Ahli Parlimen Ipoh Barat sepatutnya mengadakan sidang media pagi tadi untuk mendedahkan segara punca yang membawa kepada krisis di kalangan pemimpin DAP Perak susulan mesyuarat khas malam tadi yang dikatakan gagal membawa kepada jalan damai.

Bagaimanapun sidang media itu dibatalkan 15 minit sebelum ia berlangsung.

Kemudian Kulasegaran dilaporkan berkata beliau akan pergi bercuti sementara mempertimbangkan saranan dan permintaan penyokongnya agar mengkaji semula keputusan itu.

No comments

Powered by Blogger.