Musim Mencium Mulut Ku Li
MCA Yakin Keupayaan Tengku Razaleigh Rampas Semula Kerusi Dun Galas
GUA MUSANG, 19 Okt (Bernama) -- MCA menaruh keyakinan tinggi terhadap keupayaan Tengku Razaleigh Hamzah selaku pengarah pilihan raya kecil Barisan Nasional (BN)�untuk merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas.
Timbalan Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, menegaskan Tengku Razaleigh seorang yang berpengalaman diserta dengan sokongan kuat rakyat kawasan DUN itu sejak kebelakangan ini membawa harapan�cerah menumpaskan calon PAS.
Namun, beliau yang juga Menteri Kesihatan�berkata, semua pemimpin MCA di peringkat pusat akan turun padang sepanjang masa bagi membantu jentera BN untuk meraih sokongan dan mendapat majoriti besar pada pilihan raya kecil DUN Galas, 4 Nov depan.
"Saya tidak nampak sebarang masalah dalam DUN Galas ini kerana saya sendiri turun padang dan menemui pengundi Cina bagi mendapatkan pandangan berhubung pilihan raya kecil itu.�
"Mereka secara terbuka menyatakan memberi sokongan kepada BN di DUN Galas yang dipimpin Tengku Razaleigh," katanya kepada media selepas melawat pesakit dan�meninjau bangunan baru Hospital Gua Musang, di sini, hari Selasa.
Penamaan calon pilihan raya kecil DUN Galas diadakan pada 26 Okt sementara pengundian 4 Nov.
Ia diadakan berikutan kematian penyandangnya daripada PAS, Chek Hashim Sulaima, 46, akibat kanser usus pada 27 Sept lalu.
Liow�berkata masyarakat Cina termasuk di Kampung Pulai dan Kampung Baru di sini amat mengenali�Tengku Razaleigh kerana banyak jasa telah dicurahkan untuk kesenangan semua penduduk di Gua Musang.�
Beliau turut mengakui pilihan raya umum lalu bukan sahaja di DUN Galas tumbang kepada pembangkang, malah di banyak kawasan lain di mana BN gagal mendapat tempat di hati rakyat.
"Itu adalah fenomena biasa dalam politik tetapi sekarang telah banyak berubah apabila�rakyat khususnya pengundi DUN Galas kembali menyokong BN," katanya.
Katanya, pilihan raya kecil DUN Galas itu terpenting untuk BN kerana ia menjadi kayu ukur sokongan rakyat dan pemimpin BN yakin dapat menang besar.

No comments
Post a Comment