Mustaffa Mahu Perkasakan Suara Akar Umbi Dalam KEADILAN
Oleh Suara Keadilan
MK1SHAH ALAM 21 Okt - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Mustaffa Kamil Ayub yang bertanding jawatan Timbalan Presiden pada Pemilihan Majlis Pimpinan Pusat 2010 bertekad untuk mengembali serta memperkasakan suara ahli dalam parti.
"Rakyat dan golongan reformislah yang mencetuskan penubuhan serta mengangkat parti kita sekuat ini. Atas keyakinan bahawa suara ini terpenting untuk menggerakkan parti dan seluruh rakyat ke Putrajaya, saya berasa wajib untuk saya memastikan suara-suara ini digemakan semula," kata Mustaffa dalam manifesto kempen beloiau yang disiarkan dalam laman blognya mustaffakamil.blogspot.com hari ini.
Mustaffa berkata sekiranya diamanahkan untuk mengisi kerusi nombir dua KEADILAN, beliau akan melaksanakan 'polisi rakyat' dalam parti dengan mengangkat semula suara akar umbi parti dan golongan Reformis sebagai suara utama parti serta memastikan janji Pakatan Rakyat untuk memberi hak autonomi kepada Sabah dan Sarawak dilaksanakan.
Beliau juga berjanji serta memastikan kelangsungan politik nilai dalam parti seperti sikap sederhana, toleransi, mesra, setiakawan, berhemah dan berintegriti agar pemimpin dididik menjadi 'khadam' rakyat disamping mendidik semua lapisan dalam parti menolak politik elitis dan politik wang.

No comments
Post a Comment