PAS Guna Kaedah Mengundi Tentukan Calon Pilihan Raya Kecil DUN Galas
KOTA BAHARU, 15 Okt (Bernama) -- PAS akan menggunakan kaedah mengundi dalam menentukan calon yang akan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, 4 Nov depan.
Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata kaedah itu biasa dilakukan bagi menentukan calon yang benar-benar layak atau sesuai walaupun beliau diberi mandat sebagai kata pemutus dalam menentukan nama calon.
Menteri Besar Kelantan itu juga berkata tiga nama telah dikenal pasti dalam senarai pendek calon PAS yang akan diletakkan dalam pilihan raya kecil DUN itu.
"Kita akan menentukan dengan cara wakil dari Dewan Harian dan Badan Perhubungan mengundi pada kertas kosong dan menulis dengan nama Allah bersama nama calon yang dipilih sebelum saya membuat keputusan.
"Cara demikian dapat mengelakkan ada perwakilan berasa segan terhadap calon yang tidak terpilih," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, di sini Jumaat.
Selasa lepas, Timbalan Pesuruhjaya PAS (1) Datuk Ahmad Yakub berkata Dewan Ulama Syura telah menyerahkan mandat kepada PAS Kelantan untuk menentukan calon yang bakal dipilih untuk bertanding pada pilihan raya kecil DUN Galas itu.
Bagaimanapun, Dewan Harian yang bermesyuarat pada hari berkenaan menyerahkan pula mandat kepada Nik Abdul Aziz untuk memberi kata putus bagi menentukan nama calon terbabit.
Nik Aziz berkata: "Dalam pengundian itulah saya bertanggungjawab menentukannya. Kalau undi itu sama banyak, misalnya yang satu dapat 10 dan yang lain dapat 10, maka saya yang menentukannya.
"Biasanya saya bagi kertas kosong, saya tak suka angkat tangan takut malu mata, saya beri kertas kosong, betul atau pangkah. Itu biasa bagi kita," katanya.
Beliau juga belum dapat menentukan sama ada pengumuman calon akan dibuat pada 22 Okt ini kerana mesyuarat mengenai perkara itu belum diadakan lagi.
Katanya mungkin perkara itu telah dibuat ketika beliau berada di Kuala Lumpur kerana menghadiri beberapa program di sana.

No comments
Post a Comment