Pemberian bonus bergantung kepada situasi ekonomi, kata Husni
IPOH, 17 Okt — Keputusan pemberian bonus kepada penjawat awam bergantung kepada situasi semasa ekonomi negara, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Beliau berkata kerajaan tidak memasukkan pemberian bonus kepada penjawat awam pada Bajet 2011 kerana kekangan kewangan yang sedang dihadapi.
“Kita tidak mahu berlakunya defisit dalam kos operasi disebabkan pemberian bonus itu...bagaimanapun kita beri wang saguhati sebanyak RM1,000. RM500 semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri lalu sementara RM500 lagi pada hujung tahun ini,” katanya kepada pemberita selepas Program Pusat Khidmat Bergerak Barisan Nasional (BN) Parlimen Tambun di Klebang Jaya hari ini.
Ahmad Husni yang juga Anggota Parlimen Tambun berkata walaupun pemberian wang saguhati tersebut tidaklah begitu besar tetapi ia tidak memberikan kesan defisit kepada perbelanjaan kerajaan.
Jelasnya, kerajaan terpaksa berhutang sekiranya ingin memberikan bonus kepada kesemua 1.2 juta penjawat awam di negara ini yang jumlahnya mencapai RM3.1 bilion.
Beliau berkata masalahnya jumlah itu akan memberikan impak kepada perkembangan ekonomi negara kerana adalah menjadi dasar kerajaan untuk menurunkan kadar defisit kurang daripada 5.6 peratus yang dicatatkan sebelum ini.
“Kita akan menambah hutang kerajaan dan akan menyebabkan kita gagal menurunkan kadar tersebut kepada 5.5 peratus sekalipun, katanya.
Keadaan tersebut akan memberikan perspektif yang tidak baik di peringkat antarabangsa kerana negara mendapat kedudukan yang tinggi di mata mereka sebelum ini, ujarnya.
Sementara itu, keputusan kerajaan memansuhkan peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bermula Jun tahun depan adalah bagi memastikan sistem penilaian kenaikan pangkat kepada penjawat awam lebih efektif dan efisien.
“Kita mendapat maklum balas yang sistem ini perlu diubah dan perlu mencari mekanisme baru untuk penilaian kepada mereka,” tambahnya. — Bernama

No comments
Post a Comment