Pemuda PAS desak Batu Sapi ditandingi parti itu

KOTA KINABALU: Pemuda PAS Sabah mendesak agar kerusi Parlimen Batu Sapi di serahkan kepada PAS atas semangat setiakawan Pakatan Rakyat Sabah.

Desakan itu dibuat oleh Ketua Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu.

Katanya, PKR Sabah gagal mengemukakan calon di parlimen tersebut pada pilihanraya ke-11 tahun 2004 dan ke-12 tahun 2008.

"Pada Pilihanraya ke-12 tahun 2008, PAS Sabah telah mengadakan perundingan dalam pembahagian kerusi dan telah menuntut kerusi tersebut namun ditolak oleh PKR Sabah dan PAS Sabah mengalah atas semangat setiakawan.

"Namun tindakan mereka yang tidak mengemukakan calon setelah tamat tempoh pencalonan menunjukkan bahawa mereka telah mengkhianati persefahaman telah dipersetujui bersama," katanya.

PKR telah meletakkan calon di 19 kerusi Parlimen, sedangkan PAS tidak meletakkan sebarang calon pada mana-mana kerusi Parlimen pada pilihanraya lepas.

"Maka kerusi Parlimen Batu Sapi telah diletakkan menjadi keutamaan untuk PAS bertanding sebagaimana yang telah diputuskan dalam bengkel strategik pilihanraya PAS Sabah di Sandakan pada awal tahun ini," katanya.

Pilihanraya kecil Parlimen Batu Sapi diadakan beikutan kematian wakilnya dari PBS (BN), Datuk Edmund Chong Ket Wah dalam kemalangan jalanraya baru-baru ini.

Suruhanjaya pilihanraya (SPR) menetapkan pilihanraya kecil tersebut serentak dengan DUN Galas.

Hari penamaan calon ialah 26 Oktober dan 4 November hari mengundi.

No comments

Powered by Blogger.