Pengawal Keselamatan Dipenjara 3 Bulan Kerana Curi Harta Milik PDRM
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Gara-gara mencuri harta milik Polis Diraja Malaysia (PDRM), seorang pengawal keselamatan dihukum penjara tiga bulan selepas mengaku bersalah melakukan kesalahan itu tiga hari lepas.
Majistret Aina Azahra Arifin memerintahkan tertuduh, N.Jayaraman, 57, menjalani hukuman itu bermula tarikh dia ditangkap pada 16 Okt lepas.
Mengikut pertuduhan, Jayaraman didakwa mencuri satu pagar besi berukuran sembilan kaki panjang dan empat kaki lebar milik PDRM di Batu 2 1/2 Jalan Cheras di hadapan tapak lama Ibu Pejabat Polis Cheras, di sini pada pukul 4 petang, 16 Okt lepas.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.
Berdasarkan fakta kes, pada hari kejadian, semasa pengadu, Fairus Fadzil, 32, yang juga anggota polis dari Cawangan Balai Polis Cheras bersama rakannya sedang menjalankan tugas rondaan cegah jenayah di kawasan berkenaan, mereka nampak tertuduh sedang mengumpil dan mematahkan pagar di bahagian hadapan tapak lama ibu pejabat polis itu.
Terdahulu, Jayaraman yang tidak diwakili peguam merayu agar hukuman ringan dikenakan terhadapnya kerana dia merupakan penangggung tunggal keluarga dan perlu menyara dua anak yang masih bersekolah serta ibu bapanya yang tua dengan pendapatan RM500 sebulan.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa C/Insp Muhamad Sapri Yaakub.

No comments
Post a Comment