Ragunath bangga dan yakin dengan ketokohan Tok Guru Nik Aziz
Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB
KUALA LUMPUR: Walaupun sering dilabel sebagai anti-Islam, namun Presiden Majlis Peguam Malaysia (Bar Councils), Ragunath Kesavan melahirkan rasa bangga dan yakin dengan ketokohan kepimpinan serta kewarakan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menerajui negeri dan menjadi penasihat kepada PAS.
Ragunath menyifatkan, Tok Guru sebagai 'satu-satunya' ikon pemimpin Islam di negara ini yang sangat-sangat terbuka dan yakin dengan Islam yang ditonjolkan melalui kehidupannya.
"Tok Guru seorang yang cukup sederhana, mana ada pemimpin yang sama macam dia (Tok Guru).
"Saya yakin dengan apa yang dia bawa itu adalah Islam yang sebenar yang tidak menafikan hak-hak penganut agama lain," ujarnya kepada Harakah ketika satu wawancara diadakan di Pejabat Editorial Harakah dekat sini 7 Oktober lalu.
Ragunath yang juga seorang peguam terkemuka menyatakan, sebagai contoh keterbukaan Tok Guru ini dapat dilihat dalam kes isu ahli Parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching masuk surau.
Isu ini dibesar-besarkan oleh pemimpin Umno/BN seolah-olah ia satu kesalahan besar, namun penjelasan yang diberikan oleh Tok Guru bahawa tidak ada salahnya bukan Islam masuk surau akhirnya membuka minda rakyat, katanya.
Selain itu dalam isu nama Allah, Tok Guru juga mempunyai hujah yang sangat baik dan beliau yakin hujah itu sebenarnya adalah berdasarkan kepada ajaran Islam yang sebenar.
Beliau berkata, apa yang difahami ketika zaman Nabi Muhammad S.A.W, Rasul junjungan umat Islam itu tidak pernah mendiskriminasi penganut agama lain.
Malah kata Ragunath, Nabi Muhammad cukup menghormati penganut agama lain dan masjid ketika itu dibenarkan bukan Islam untuk datang bertemu Nabi Muhammad.
"Saya lihat ia selari dengan hujah yang disampaikan Tok Guru, namun Umno/BN memainkan isu itu seperti mahu mengajak kepada sentimen agama dan perkauman," katanya lagi.
Ditanya berhubung intergriti kepimpinan tertinggi PAS itu, Ragunath yakin PAS tidak pernah mana-mana kepimpinannya dikaitkan dengan rasuah atau politik wang.
Malah pentadbiran Tok Guru di Kelantan sendiri tidak pernah dimasuki unsur tersebut selain sangat terbuka kepada mana-mana pihak untuk menyiasat atau memberi pandangan.
Beliau yakin selagi adanya Tok Guru di Kelantan, Umno/BN akan cukup sukar untuk menewaskan PAS di sana.

No comments
Post a Comment