Sekarang kita keGalas, selepas itu kita keBatang Sapi pula.

Tengku Razaleigh telah selamat pulang dari bercuti selama lebih dari dua minggu dan terus sahaja diberikan tugas untuk mengetuai BN dalam pilihanraya kecil Galas sebagai pengarah. Khabarnya ratusan yang datang menunggu di VIP lounge KLIA pagi tadi yang diketuai oleh Mustapha Mohamad, Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan.

Semua pihak sedang menunggu apa yang akan diperkatakan oleh TR. Dilapangan terbang pagi ini TR dikatakan akan membuat kenyataan setelah beliau menemui Perdana Menteri dan tiada apa yang diperolehi oleh pihak media pagi ini,.

Selain dari pengakuan TR yang beliau menerima cabaran untuk menjadi pengarah kepada pilihanraya kecil Galas yang hebat diperbincangkan oleh rakyat jelata, TR tidak lansung menyebut apa-apa yang lain. Sememangnya begitulah yang patut dilakukan oleh TR kerana beliau belum pun bertemu dengan pemimpin-pemimpin besar negara yang sedang menghadapi penolakkan rayat yang begitu kuat sekarang ini.

Setalah TR menerima tanggungjawab sebagai pengarah pilihanraya kecil ini, hanya saya berharap TR telah membuat keputusan yang baik dan tepat. Bagi orang seperti saya dan saudara-saudara, kita tidak tahu apa sebenarnya yang dibincangkan dengan semua pihak.

Sekarang ini yang menjadi tandatanya banyak pihak ialah siapakah calunnya kerana yang rapat dengan TR mereka akan tahu yang TR tidak akan bersetuju untuk menjadi calun kerana beliau adalah seorang yang focus dalam apa-apa yang beliau lakukan. Beberapa nama telah disebut-sebut dan telah dispekulasikan oleh media perdana dan media alternative tetapi kata pemutusnya tetap akan berada ditangan TR.

Tetapi biarlah segalanya itu dijawab setelah muktamadnya perbincangan dengan pucuk pimpinan dahulu. Apa yang perlu dilakukan oleh pemimpin-pemimpin pihak kita ialah untuk tidak menjadikan PRK ini sebagai medan seseorang untuk menjadi hero yang tidak padan dengankeadaan dan situasi di Gua Musang.

Sebenarnya jika PRK ini tidak seperti apa yang berlaku dan PRK yang telah lalu jalan untuk BN memenangi kerusi ini tidaklah begitu mustahil. Pengaruh dan imej TR disana boleh memberikan kemenagan yang selesa kepada UMNO walaupun Kelantan adalah kubu yang terkuat bagi PAS.

Di Kelantan UMNO sudah dipandang seperti parti serpihan sahaja; serupa seperti keadaan pada tahun enam puluhan kepada penghujung tahu tujuh puluhan dahulu. Dari pada tahun enam puluhan dahulu UMNO tidak ada apa-apa langsung dan mereka hanya parti yang menginding-nginding dan tidak dipandang sebelah mata oleh rakyat Kelantan.

Tengku Razaleighlah yang mengorbankan keseluruhan kehidupan beliau untuk menjadikan UMNO diterima secara beransur-ansur oleh rakyat Kelantan dan setelah 18 tahun UMNO mendapatkan kuasa diKelantan dengan kepimpinan Tengku Razaleigh. Tidak ramai pemimpin-pemimpin pusat UMNO yang berminat untuk memberi bantuan untuk membina UMNO diKelantan semasa itu. Yang saya ingat hanyalah Allahyarham Abdul Ghaffar Baba, Allahyarham Syed Jaafar Albar selain dari Tun Razak dan pemimpin-pemimpin lama yang bersemangat dan percaya yang TR suatu hari nanti akan berjaya membawa kemenangan kepada UMNO diKelantan.

Kejayaan mengambil alih kerajaan tajaan PAS berlaku pada tahun 1978 dan sejak kejayaan itu TR menjadi pemimpin yang disanjung tinggi oleh UMNO dan pemimpin UMNO pun mulalah memberikan tumpuan keKelantan sehinggalah kehari ini.

Kejayaan Tengku semasa itu merupakan kejayaan yang besar tetapi didalam kejayaan itu berputik rasa tidak senang hati dikalangan pimpinan UMNO dan usaha pemimpin-pemimpin yang tertentu untuk menjatuhkan TR yang bersifat ‘gentleman’ itu mula nampak dengan jelas.

Apa yang berlaku pada tahun 1981, 1984 dan seterusnya pada tahun 1987 dan ‘consequence of events’ selepasnya merupakan dalil-dalil jelas yang ada pihak yang mahukan TR diketepikan dari siasah negara ini.

Sekarang ini UMNO dalam situasi dimana rakyat sudah letih dengan permainan politik yang komunal dan kelemahan lain seperti rasuah dan salah gunakuasa kembali meminta TR memainkan peranan dan sanggup melakukan tindakkan yang jauh dari kebiasaannya dengan meminta beliau menjadi pengarah pilihanraya kecil yang lazimnya ditugaskan kepada Timbalan Presiden parti.

Kalau dilihat dari satu sudut kita akan percaya yang tindakkan itu adalah satu penghormatan tinggi kepada seorang pemimpin UMNO yang telah disepak dan diterajang kesana kemari selama ini, kerana beliau menjadi duri dikalangan kepada mereka yang bekuasa dan lemah kepimpinan mereka.

Tetapi tidak juga kita boleh nafikan yang kali ini merupakan ‘attempt’ yang berterusan untuk melenyapkan politik TR buat selama-lamanya. Perkara-perkara seperti ini memang ada didalam benak ramai pemerhati politik dan kita tidak boleh menyalahkan mereka ini berpandangan demikian kerana tindakkan untuk mengenepikan pemimpin ini memang usaha yang sudah berlanjutan sejak lebih dari 3 dekad yang lalu.

Perkembangan yang terbaru ini mendapat tumpuan kepada ahli-ahli politik baik dari pihak kerajaan dan pihak alternatif. Tetapi TR tetap TR. Kesetiannya selama ini tidak dipandang dengan sebelah mata oleh mereka yang sedang berkuasa tidak luntur.

Sebagai seorang yang menghormati beliau sejak berdekat yang lalu tetap menyokong segala keputusan belaiau kerana sesiapa yang sudah lama bergaul dengan beliau akan faham bahawa beliau merupakan anak jati UMNO yang tidak ada tolok bandingnya.

Beliau banyak yang tidak bersetuju dengan tindakkan Abdullah Badawi, beliau tetap bersama UMNO. Beliau tidak bertindak keluar dari UMNO kerana kehadziran Abdullah sebagai PM, dan kembali menyertainya apabila Abdullah bersara.

Insyallah TR akan melaksanakan tugas beliau dengan baik dan akhirnya membawa kemenangan kepada beliau atau calun yang beliau tunjuk didalam PRK kali ini. Selepas kemenangan diGalas kita terpaksa pula menumpukan pandangan kita keParlimen Batang Sapi diSabah kerana kematian YB Datuk Edmund Chong Ket Wah pada jam 11.40 pagi tadi akibat kemalangan jalanraya.

Dalam pilihanraya umum yang lalu mendiang Edmund dari PBS telah mendapat 9479 undi mengalahkan calun Bebas Chong Kong Ming yang mendapat 5771 undi.

Raya tetap kita raya. Sudah tamat raya dibulan syawal kita dihidangkan dengan pilihanraya, satu lepas satu.

[Sumber]

No comments

Powered by Blogger.