Siapa Pula Selepas Rahimi ?
Oleh Ahmad Zawawi
Ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat tersangat sibuk dewasa ini. Yang anehnya mereka tidakpun sibuk melayan kehendak pengundi-pengundi mereka atau merencanakan sesuatu kebajikan untuk masyarakat setempat. Iaitu perkara wajib yang sepatutnya mereka jalankan.
Kesibukan yang sangat ketara didalam PKR ialah melayan kerenah orang-orang yang mempunyai kepentingan diri. Semenjak PKR mendapat mandat rakyat di- Negeri Selangor dan dibeberapa kawasan Parlimen dan kawasan Dewan-Dewan Undangan Negeri dalam PRU ke 12 ahli-ahli PKR tidak henti-henti dihidangkan dengan masaalah yang tiada penghujungnya
Bermula daripada Ezam yang tidak berpuashati dengan pimpinan sehinggalah kerenah yang dicetuskan oleh Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN-ADUN yang merasakan PKR ini akan menjadi beban kepada kesejahteraan mereka. Belum lagi diambilkira gejala menikam dari belakang oleh bekas-bekas pembantu Anwar.
Jika disorot pula mengapa Kerajaan Pakatan diPerak jatuh tersungkur kurang satu tahun memerintah? Jawapannya tetap sama iaitu Amalan Mementingkan diri terlalu menebal diperingkat ADUN-ADUNnya dan juga diperingkat Ketua- Ketua Bahagian. Jawatan-Jawatan didalam Kerajaan Tempatan diisi oleh Ketua Bahagian sendiri dan juga orang-orang kepercayaan mereka.
Begitu juga cara mereka mengendalikan Pusat Khidmat DUN, ahli-ahli jawatankuasanya dipilih dikalangan mereka yang disukai Penyelia DUN walaupun orang-orang tersebut hanya masuk parti kerana baru menang.
Didalam pemilihan yang baru berlalu memang ada terdapat Ketua Cabang yang tidak mempertahankan jawatan. Walau apapun alasan yang mereka beri, mereka tetap bertanggungjawab kepada ketidakadilan yang mereka lakukan semasa mereka berkuasa dulu.
Pertandingan sebenar dalam PKR akan berlaku tidak berapa lama lagi. Terdapat berbagai persepsi tentang halatuju parti. Ada yang benar-benar faham mengapa parti ini ditubuhkan iaitu sebagai pengganti kepada Kerajaan yang telah terlalu uzur dan ada juga yang mengatakan ini adalah parti Anwar.
Yang jelas mampukah Parti ini terus bertahan kepada pelbagai kerenah tersebut? Dan siapa pula yang akan muncul selepas Rohimi ini yang mungkin berbekalkan dengan sesuatu yang lebih canggih lagi?
Kepada pemimpin-pemimpin PKR: Jawatan tu jawatanlah juga tetapi sebenarnya perjuangan ini hendak dibawa kemana?

No comments
Post a Comment