Stadium Sultan Muhammad –iv
Bila memperkatakan tentang tujuh perkara ajaib di dunia, rasanya ada satu lagi bangunan yang mungkin terlepas pandang oleh pihak yang sentiasa menilai tentang keajaibannya, iaitu Stadium Sultan Muhammad –iv, Kota Bharu. http://ms.wikipedia.org/wiki/Tujuh_Keajaiban_Dunia
Kewujudan bentuk stadium sebegini adalah satu-satunya di dunia. Cuba cari di seluruh dunia ini, mana ada stadium yang menyediakan ruangan-ruangan untuk disewa bagi pelbagai aktitivi seperti pejabat, sekolah, kedai makan dan juga kedai runcit. http://en.wikipedia.org/wiki/Sultan_Mohammad_IV_Stadium
Dari sudut sejarah, kerajaan PAS Kelantan telah berusaha menyediakan kemudahan untuk membangun sebuah stadium yang dikenali sebagai Stadium Sultan Muhammad IV dengan menyediakan 13 ekar tanah di Padang Garong secara percuma disamping peruntukan wang sebanyak RM300,00.00.[1] Salah satu ciri yang membezakan antara Stadium Sultan Mohammad ini dengan stadium-stadium lain di seluruh negara ialah; ruang sebelah bawah di sekelilingnya tidak dibiarkan kosong tanpa sesuatu projek yang memberi faedah. Di ruangan tersebut disediakan ruangan pejabat, kedai, asrama dan lain-lain. Pada suatu ketika dahulu banyak ruangan berkenaan diguna sebagai ruangan kelas-kelas oleh sebuah sekolah swasta yang cukup terkenal ketika itu, iaitu Institut Pendidikan yang diselanggarakan oleh dua orang aktivis ABIM, Nik Mustapha bin Syafi’ie dan Ismail bin Daud. Institut yang tersohor dengan panggilan I.P merupakan sekolah swasta pertama yang menyediakan pengajian peringkat menengah rendah (SRP, SPM dan STPM) di Kelantan sebelum lahirnya institusi-institusi lain seperti A.Kadir Adabi dan sebagainya. Stadium ini hingga kini masih berfungsi sebagai salah sebuah pusat aktiviti sukan di bandar Kota Bharu bagi seluruh negeri Kelantan. Pembinaannya adalah cetusan idea Menteri Besar PAS yang kedua, Dato’ Mohd. Asri bin Haji Muda yang akan tetap terpahat dalam lipatan sejarah.
[1]Suatu jumlah wang yang agak besar bagi zaman itu sebagai sumbangan untuk meneruskan pembinaan stadium tersebut yang dijangka menelan belanja sebanyak RM.1.5. juta.
[Sumber]

No comments
Post a Comment