Sukan Komanwel: Nicol Tumpaskan Pemain India Joshna, Masuki Suku Akhir

NEW DELHI, 5 Okt (Bernama) -- Pemain nombor satu dunia Datuk Nicol David menyingkirkan pemain utama India Joshna Chinappa dari Sukan Komanwel 2010 menerusi acara skuasy perseorangan wanita bagi menempah tempat di suku akhir.

Nicol berusia 27 tahun, yang menduduki ranking teratas selama 50 bulan berturut-turut, kelihatan jauh lebih cemerlang daripada bintang India itu, ketika ini merupakan pemain perseorangan wanita utama Asia.

Joshna, 24, berada di ranking ke-31 dunia, dan dilatih oleh bekas jurulatih Nicol, Mejar (B) S.Maniam di Tamil Nadu gagal menjinakkan pemain Malaysia itu.

Nicol menyelesaikan game 11-5, 11-10, 11-7 di Kompleks Sukan Sri Fort di Delhi hari Selasa.

Sementara itu, seorang lagi pemain negara Low Lee Wern tewas kepada peserta New Zealand Jacklyn Hawkes 7-11, 6-11, 11-5, 4-11.

No comments

Powered by Blogger.