Tengku Razaleigh - berguna masa terdesak, dilupakan setelah selesa.

Saya mendapat ratusan SMS dari ramai kenakan yang berpolitik dan ‘a-politic’ yang bertanyakan kepada saya kenapa UMNO mengambil sikap yang luar dari lazimnya dengan melantik Tengku Razaleigh sebagai Pengarah Pilihanraya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri, Galas dalam Bahagian dan Parlimen Gua Musang.

Saya faham kenapa mereka bertanyakan isu itu kepada saya kerana saya adalah berimejkan sebagai seorang penyokong ‘totok’ TR dalam perjuangan siasah. Tetapi mereka bertanyakan kepada salah orang keranan saya bukanlah orang yang pandai dan berkemampuan untuk menjawab kerana ini merupakan satu isu yang sangat payah untuk diulit dan baca dengan tepat walau bagaimana teliti pun bacaan yang datang dari saya.

Saya tidak berani untuk membuat pandangan yang ‘conclusive’ kerana kita orang bawahan yang tidak mungkin tahu apa-apa yang sedang berlaku dalam politik atasan. Cuma saya mungkin boleh memberikan pandangan mengikut kemampuan seorang ahli biasa. Pandangan ahli biasa tidak semestinya betul tetapi kita juga mengaku persepsi ramai itu mempunyai impak yang besar kepada imej parti UMNO yang memerintah ini.

Isu yang dimainkan oleh banyak pihak sekarang ini ialah UMNO yang desperado terpaksa memanggil untuk meminta pertolongan seorang pemimpin yang ditakuti oleh banyak pihak khususnya kepada mereka yang terlibat secara ‘direct’ dengan rasuah. Sebagai seorang yang bertanggungjawab, atau bagaimana pun permainan kotor dilakukan terhadap beliau TR berkemungkinan menerima tanggungjawab yang sangat besar ertinya kepada UMNO itu walaupun UMNO telah melakukan banyak perkara yang memilukan hati pemimpin Melayu ini.

Beliau sangat terasa hati melihat asas ekonomi negara yang beliau bina semasa diberikan tanggunjawab itu dahulu diperkosa oleh pihak yang tidak mempunyai perasaan terhadap dasar kukuh yang dibina dahulu.

Tetapi ramai yang telah menyediakan ‘template-template’ kenyataan pemimpin-pemimpin UMNOjika parti berjayq didalam PRK ini.

Salah satu ‘templatenya’ ialah, ‘UMNO sudah kembali diterima rakyat dan akan kembali berkuasa diKelantan’.

Diantara ‘template’ yang lain ialah, (a) ‘UMNO sudah diterima kembali oleh rakyat dan kemenangan ini merupakan tanda-tanda pemulihan UMNO dari pandangan rakyat’.

(b) ‘Ini merupakan tanda awal yang PAS akan kecundang dan akan tewas dalam pilihanraya umum nanti’

(c) Kemenangan ini menunjukkan bahawa penerimaan rakyat terhadap slogan 1Malaysia.

Ada pula yang telah menelah apa yang akan dinyatakan oleh pemimpin-pemimpin UMNO jika kita gagal untuk mendapatkan kembali DUN Galas itu. Diantaranya ialah:

(a) Kita gagal keranan permainan kotor PAS dan yang bersekongkol dengannya.
(b) Ini adalah kegalan TR kerana pengaruh beliau tidak sekuat dahulu.
(c) Kalah kerana TR tidak melaksanakan tanggungjawab sepenuhnya denga parti dan mempunyai permainan politik dengan PAS dan parti-parti yang bersekongkol dengannya.

Banyak lagi kata-kata yang akan memindahkan segala kesalahan kepada Tengku Razaleigh jika kekalahan berpihak kepada UMNO.

Walaubagaimana pun seperti yang saya sebut dalam posting yang lepas, elok pilihanraya ini dilakukan secara memilih satu diantara dua pihak, jangan pertandingan diantara dua pihak yang bermusuhan.

Lagi pun pemilihan ini adalah pemilihan diantara dua pihak yang sebangsa, seAgama dan budaya. Jika kejayaan berada dipihak UMNO maka kita mesti mengakui yang kemenangan itu bukan kemengan mutlak UMNO sebagai sebuah parti. Ianya hanyalah kemenangan dengan menumpang pengaruh eorang individu yang selama ini dipandang sepi oleh UMNO.

Sejarah akan berulang; TR hanya dipergunakan semasa UMNO dalam keadaan tenat dan akan dilupakan kembali jika UMNO kembali kuat dan pulih dari sakit dan penyakit yang tenat.

UMNO juga yang meminta dari kebaikkan TR untuk membubarkan S46 dahulu. Rupa-rupanya UMNO sudah mengetahui yang UMNO akan berpecah tidak lama kemudian dengan pergaduhan diantara Anwar dan PM yang tidak jemu-jemu dengan keserornokkan berkuasa.

Apabila UMNO kuat selepas itu TR dibiarkan lagi dan tidak ada pun dari pihak UMNO untuk memberikan ucapan terima kasih, jauh sekali untuk memberikan beliau penghormatan yang sepatutnya didapati oleh beliau.

Kali in sekali lagi TR diminta berkhidmat kepada parti yang sudah hampir terkulai dan akan mati. Kesetiaan TR sekali lagi diuji dan beliau khabarnya akan menerima dan memikul tanggungjawab ini kerana pimpinan kita tidak berkeyakinan untuk berjaya tanpa sokongan pemimpin veteran ini.

Kepada TR saya hanya berdoa agar beliau berjaya membawa kemenangan untuk UMNO dan saya juga ingin memberikan peringatan supaya beliau bersedia untuk dilupakan oleh pemimpin UMNO sekali lagi. Lagi pun beliau sudah pun lali dengan layanan dari pemimpin-pemimpi yang masih merah dalam perjuangan ini.

http://aspanaliasnet.blogspot.com/2010/10/tr-berguna-masa-terdesak-dilupakan.html

No comments

Powered by Blogger.