Ucapan Takziah Tuan Guru Nik Aziz Kepada Menteri Mentor & Perdana Menteri Singapura Atas Kematian Isteri

Berikutan kematian isteri Perdana Menteri pertama Singapura, Lee Kuan Yew, Puan Kwa Geok Choo pada usia 89, hari Sabtu (semalam) pukul 5.40 petang di rumahnya kerana mengalami sakit stroke sejak dua tahun lepas; pihak Menteri Besar Kelantan, Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat dengan ini menyampaikan rakaman takziah seperti mana berikut:

“Belasungkawa untuk Menteri Mentor, Lee Kuan Yew atas kematian isteri tercinta dan kepada Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong serta ahli keluarganya kerana pemergian untuk selama-lamanya ibu yang dikasihi. Kami berkongsi kesedihan selama anda sekalian merasai kehilangannya. Ia juga suatu kehilangan besar seorang Ibu Wirawati kepada seluruh rakyat Singapura.

“ Menurut Islam, setiap yang hidup akan menemui kematian dan kematian itu adalah ketentuan dari Allah, Tuhan yang mencipta sekalian makhluk.”

"Condolences to the Minister Mentor, Lee Kuan Yew on the demise of his beloved wife and to the Singapore Prime Minister Lee Hsien Loong and his family because of the departure for ever dear mother. We share the grief over the loss you feel. It is also a great loss of a mother ‘Wirawati’ all Singaporeans.

"According to Islam, all flesh shall see the death and that death is the provision of God, God who created all beings."

*MEMBANGUN BERSAMA ISLAM*

Pejabat Menteri Besar Kelantan,Kota Darul Naim,KOTA BHARU.24 Syawal 1431 bersamaan 3 Oktober 2010 

No comments

Powered by Blogger.