Ulasan Penggulungan Umno: Si Abu Nawas Dalam Umno

PENGGULUNGAN di perhimpunan agung Umno tidak banyak berbeza dengan perhimpunan perhimpunan yang sudah-sudah. Acara memuja pemimpin merupakan tradisi yang sukar untuk dibuang. Masa yang terhadap itu disendaki dengan pujian melangit. Nampaknya budaya angkat dan ampu tidak pernah habis. Bukan saja dari kalangan perwakilan atau pembahas yang ingin dilihat sebagai bakal calon pilihan raya tetapi pemimpin tertinggi sendiri turut terjeruk dalam sindrom masuk lif tekan sendiri.

Saya akan memfokuskan ulasan ringkas ini kepada penggulungan oleh tiga Naib Presiden, Shafei Afdal, Hishamuddin Hussein dan Ahmad Zahid Hamidi. Dari ketiga-tiga tokoh ini yang ada kelas dan kualiti perbahasan kali ini atau berpijak di bumi nyata hanya Shafei. Walaupun beliau dipersendakan sebagai anak lanun Semporna Sabah, tetapi beliau tetap cemerlang kali ini. Anak lanun berjaya mengatasi anak Jawa dan anak Turki.

Shafei tidak memuja presiden dan timbalan presiden membuta tuli seperti Zahid Hamid. Beliau memperkatakan kebimbangan dalam Umno yang merupakan satu realiti. Beliau membangkitkan soal sikap orang Melayu yang tidak mahu mendaftarkan diri sebagai pemilih. Shafei tanpa komromi mendedahkan kelemahan Umno dalam mendaftar anak muda selaku pengundi.

Baginya sikap ini boleh memberi kesan buruk kepada Umno. Perbandingan yang diberikan antara orang Cina dengan orang Melayu (Umno) yang mendaftarkan diri sebagai pengundi menunjukkan bagaimana orang Melayu tidak bersemangat dan alpa kepada tanggungjawab. Katanya juga usaha pembangkang terutamanya DAP mendaftar mengundi jauh lebih baik dari Umno dan Melayu. Keadaan itu sangat membimbangkannya yang diberita tugas sebagai orang bertanggungjawab menambahkan pengundi.

Dalam pada itu beliau mahu ahli Umno memberi tumpuan kepada mendaftar ahli. Salah satu langkah katanya masjid boleh digunakan untuk mempublisitikan tujuan itu. Apakah cadangan ini akan dilaksanakan nanti. Tidak mustahil kalau Umno merasakan tertekan dengan keadaan itu mereka akan menggunakan mimbar masjid untuk meminta anak muda Melayu mendaftarkan diri sebagai pengundi.

Hishmuddin pula lebih bercrita soal kehebatan Umno dan para pemimpin terdahulu. Uncapan dan penggulungan Hishamuddin adalah copyright daripad ucapan pada perhimpunan tahun lepas. Baginya tidak habis-habis menjual dan menceritakan Umno sebagai parti Melayu terbaik. Kepadanya hanya Umno yang mampu membela orang Melayu.

Demikian juga dengan Ahmad Zahid Hamid penuh dengan gurau senda dan kendangkalan idea. Beliau tidak banyak mengemukakan idea sebaliknya lebih kepada jenaka yang tidak berbobot. Diawal pembukaan bicara lagi beliau sudah meminta perwakilan memberi tempokan untuk Rosmah Mansor. Pemujian Zahid kepada Rosmah tidak pernah lekang dan menjadi satu kewajiban. Seolahnya nyawa dalam hirerki kepimpinan Najib berada digenggam Rosmah.

Walaupun Hishmuddin cuba mengutuk Anwar Ibrahim tetapi kutukan Zahid lebih jelas dan ketara apabila beliau mengatakan ada orang yang tergila-gilakan kuasa dan meminta Anwar bertaubat. Tidak tahu apakah Zahid terpaksa berkata demikian untuk mendapat markah dari sudut mata Najib. Tetapi sesungguhnya apa yang beliau sarankan itu sepatutnya dipraktikan olehnya dulu. Sebelum meminta Anwar bertaubat Zahid dulu kena bertaubat atas dosa-dosanya sebelum ini. Dr Mahathir rasanya setuju dengan saranan ini.

Cerita lima orang Abu yang dikemukakan Zahid menarik dan boleh dijadikan iktibar. Kisah ini menggambarkan Zahid hampir dengan kisah-kisah suri teladan dari negara Arab. Beliau nampaknya membuat study mendalam mengenai watak berkenana untuk dipadan dengan fiil perangai orang Umno dan Melayu. Apa yang diperkatakan Zahid rasanya ramai yang setuju.

Memang dalam Umno ada Abu Bakar, Abu Talib, Abu Sufiah, Abu Hurairah dan Abu Jahal. Cuma satu subjek terlupa untuk dihuraikan Zahid mengenai dirinya sendiri. Di antara Abu Abu itu di manakah beliau berada? Apakah dia sebenarnya Abu Nawas dalam politik Umno kerana sering muncul dengan jenaka bangsawannya pada perhimpunan agung Umno daripada mengemukakan idea bernas untuk memartabatkan Islam dan bangsa.

http://msomelayu.blogspot.com/

No comments

Powered by Blogger.