Umno-BN Mungkir Janji Bina Sekolah Cina
Oleh Fazli Othman
teresa1KUALA LUMPUR 20 Okt - Kementerian Pelajaran didakwa berdolak-dalik dalam jawapannya kepada berhubung pembinaan bangunan baru untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tinggi Bestari Jaya yang dijanjikan kerajaan ketika Pilihan Raya Kecil Ijok pada tahun 2007.
Isu tersebut dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang ingin tahu samada kerajaan serius untuk mengotakan janji pilihan raya yang dibuat kepada pengundi Cina di kawasan tersebut.
Teresa juga mendakwa pihak kementerian tidak memberikan jawapan jelas apabila gagal menunaikan janji sebelum Pilihan Raya Umum 2008, yang mana bekas Menteri Pelajaran ketika itu berjanji untuk membina enam Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) baru dan memindahkan SJKC di seluruh negara.
Dalam jawapan bertulis itu, kementerian memberi alasan pihak Lembaga Pengelola Sekolah (LPS) masih dalam proses membuat perolehan tanah, penyediaan pelan bangunan, atau mengemukakan permohonan kebenaran merancang untuk kelulusan oleh pihak berkuasa tempatan.

No comments
Post a Comment