Usaha Mencari Murid Tahun Enam Dikhuatiri Lemas Diteruskan
KUALA KRAI, 16 Okt (Bernama) -- Usaha mencari dan menyelamat seorang murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Dabong yang dikhuatiri lemas di Sungai Kelantan, dekat Dabong semalam diteruskan hari ini.
Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai Nasir Hassan berkata operasi yang bermula pukul 9.30 pagi tadi diteruskan kira-kira dua kilometer dari tempat mangsa, Raja Nurafi Raja Hussain, 12, dilaporkan terjatuh kira-kira pukul 11 pagi semalam.
"Mangsa dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika mandi berhampiran muara Sungai Galas dan Sungai Pergau dekat Dabong.
"Mangsa yang dikatakan bersendirian itu dipercayai hanyut dibawa arus, usaha menyelamat yang dimulakan sejak tengahari sehingga lewat petang semalam belum menemui sebarang petunjuk dan hari ini pihak kita melakukan operasi mencari dari jarak dua kilometer dari tempat mangsa dilaporkan terjatuh," katanya kepada Bernama di sini Sabtu.
Beliau berkata operasi itu disertai 11 anggota unit skuba, anggota bomba Kuala Krai, anggota Jabatan Pertahanan Awam, anggota polis dan dibantu penduduk kampung.
Sementara itu bapa mangsa Raja Hussain Raja Kechik, 64, ketika ditemui berkata beliau tidak menyangka anak bongsu daripada tujuh beradik itu akan pergi ke sungai kerana mangsa sempat meminta duit RM1 daripada ibunya sebelum keluar dari rumah pagi semalam.
"Nurafi minta duit RM1 daripada ibunya sebelum keluar, ingat keluar ke kedai, tak sangka pula dia pergi ke sungai kerana sungai tu agak jauh dari rumah, lagipun kalau hendak ke sungai biasanya kami sekeluarga akan pergi beramai-ramai," katanya.
Beliau berkata keluarganya kini hanya mampu berdoa Nurafi selamat walaupun operasi mencari dan menyelamat semalam tidak berjaya menemui mangsa.
"Hari ini dah masuk hari kedua, kami tidak tahu bagaimana keadaan Nurafi..apa jua yang berlaku kami terpaksa reda dan menerimannya tetapi jauh di sudut hati kami masih berharap Nurafi selamat," katanya.

No comments
Post a Comment