‘Anugerah’ Wanita Pertama Sarawak bukti gelagat Rosmah menular
KUALA LUMPUR: Kenyataan Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud yang ‘menganugerah’ isteri barunya, Ragad Waleed Alkurdi sebagai Wanita Pertama Sarawak, menunjukkan ‘gejala Rosmah’ kian berkeluasa.
“Saya yakin, selepas ini akan lebih ramai isteri Menteri Besar dan Ketua Menteri yang menuntut pangkat baharu ciptaan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor,” kata Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin.
Sebelum ini, Rosmah kerap mengaku sebagai Wanita Pertama Malaysia atau First Lady dengan membuka pejabat First Lady of Malaysia (FLOM) di Jabatan Perdana Menteri.
Rosmah juga menganjurkan Sidang Kemuncak Wanita Pertama dengan belanja jutaan ringgit, selain iklannya terpapar di akhbar luar negara dengan menonjolkan isteri Datuk Seri Najib Razak itu sebagai Wanita Pertama Malaysia.
Dalam kenyataan media hari ini, Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang berkata, ‘penganuerahan’ itu adalah bukti tamak haloba dan tabiat gila pangkat di kalangan pemimpin Umno Barisan Nasional (BN) sudah pada tahap ekstrem.
Beliau kesal kerana rakyat menderita menanggung bebanan kenaikan harga barang dan hutang yang bertambah, pemimpin Umno BN sibuk sedang mengagih-agih kekayaan dan pangkat buat ahli keluarga dan kroni.
“Inilah tanda-tanda seolah mereka sudah sedar bahawa kuasa perubahan rakyat semakin mara, dan kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, bukan suatu yang mustahil.
“Maka, sebelum terlambat pengorup harta rakyat ini segera mengaut harta dan pangkat buat saraan sehingga tujuh keturunan sebelum dijatuhkan kuasa rakyat kelak,” katanya.

No comments
Post a Comment