Benjy pernah ceraikan isteri

Oleh SYALMIZI HAMID
syalmizi.hamid@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR – Dalam diam, pelakon Benjy yang menjalani hukuman di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA) Muar, Johor sejak Mei tahun lalu atas tuduhan penyalahgunaan dadah rupa-rupanya pernah menceraikan isterinya, Safiya Stephanie Kar Leng Lee dengan talak satu di rumah mereka di Menara Dutamas di sini pada Julai 2008.

Namun pasangan itu didakwa kembali hidup sebumbung pada hari sama mereka bercerai setelah Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim, 33, melafazkan perkataan rujuk semula terhadap Safiya.

Perkara itu hanya disahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam apabila Safiya, 28, memfailkan dua permohonan serentak iaitu permohonan mengesahkan talak dan mengesahkan lafaz rujuk semula pada 7 Februari lalu.

Benjy yang dibawa dari PPA berada di mahkamah bersama Safiya semalam dengan diwakili peguam syarie, Hazirah Othman dan peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan.

Sebaik sampai di mahkamah Benjy dilihat terus mencium dahi Safiya.

No comments

Powered by Blogger.