Berbangga Najib Dengan Kemenangan Demokrasi Yang Tempang!

Sokongan rakyat makin kukuh

Oleh Syuhada Choo Abdullah dan Norakmah Mat Youb

Isu dibangkitkan pembangkang tak dapat diterima pengundi: Najib

KUALA LUMPUR: Kemenangan Barisan Nasional (BN) dengan majoriti besar dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan DUN Kerdau kelmarin, menunjukkan aliran sokongan rakyat yang semakin kukuh serta meningkat terhadap BN, termasuk daripada pengundi bukan Melayu.

Datuk Seri Najib Razak berkata, aliran sokongan kian positif melalui beberapa pilihan raya sejak akhir ini, berikutan pengundi yakin BN dapat memenuhi harapan dan jangkaan mereka mengecapi kualiti hidup lebih baik, selain sebagai kerajaan yang mampu menyelesaikan permasalahan rakyat.

Selain itu, Perdana Menteri berkata, isu dibangkitkan oleh pembangkang ketika berkempen tidak dapat diterima pengundi kerana rakyat lebih melihat kepada jaminan masa depan mereka.

No comments

Powered by Blogger.