Berita Harian Mohon Maaf Atas Karikatur Tsunami Jepun
Inilah kuasa Internet. Pengeluaran karikatur di atas di dalam Berita Harian hari ini telah menyebabkan “rage”, kemarahan dan kebengangan yang amat sangat di kalangan pengguna Twitter dan Facebook. Teruk Berita Harian dikecam kerana tidak sensitif dan cuba membuat lawak dengan musibah Tsunami Jepun. Tahniah kepada pengguna-pengguna Internet yang prihatin dan sensitif dengan isu ini.
Berita Harian telah pun mengeluarkan permohonan minta maaf di atas karikatur ini di laman webnya. Semoga di masa hadapan Berita Harian akan lebih prihatin. Terima kasih.
No comments
Post a Comment