Facebook, twitter cuba disekat di Parlimen?
KUALA LUMPUR: Aplikasi laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Skype disekat penggunaannya di Parlimen, untuk tempoh tertentu.
Perkara ini disedari Ahli Parlimen Batu, Tian Chua sewaktu beliau cuba mengakses laman Twitter-nya untuk menyampaikan butiran ringkas lintas langsung dari Parlimen.
Kepada KeadilanDaily, beliau berkata, perbuataan itu petanda jelas Umno Barisan Nasional (BN) tidak ubah seperti rejim autokratik lain yang takut rakyat bangkit menentang kezaliman mereka menerusi aplikasi sosial itu.
“Semua kerajaan atau rejim autoritarian khuatir dengan aplikasi rangkaian sosial.
“Walaupun Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berulang-kali menegaskan kita tidak seperti Mesir, kita bukan Libya, namun reaksi mereka yang mula menyekat aplikasi ini, mirip dengan diktator lain,” katanya.
Ironinya, kata Tian, perbuatan kerajaan Umno BN itu dibuat ketika Yang DiPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dalam ucapan perasmian di Parlimen hari ini, menyeru negara mendekati inovasi multimedia.
Bagaimanapun, KeadilanDaily difahamkan, sekatan aplikasi itu kemudiannya ditarik balik selepas beberapa wartawan mengadu hal itu pada satu sidang media.

No comments
Post a Comment