Isu Baju Artis Nampak Buah Dada: Jangan Judge Saya Hanya Dari Pakaian Saya Semata-mata Tetapi Kenal Hati Budi Saya Dahulu Sebelum Mengkritik
Teks oleh Syafiqah Jalal
Foto oleh Mazlan Yunos Photography
KUALA LUMPUR, 23 MAC 2011: Biarpun pelakon, Miera Liyana, 18, sudahpun memberi penjelasan serta membuat permohonan maaf secara terbuka atas perlakuannya yang tidak sengaja apabila mengenakan gaun yang terlalu seksi sehingga menimbulkan kontroversi ketika menghadiri majlis makan malam Golden Gala anjuran Rafflesia& Mandalay di Hotel Le Meridien pada Jumaat lalu, namun masih ramai lagi pihak yang tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikannya.
Malah, masih ada segelintir pihak yang berterus-terusan mengecamnya dirinya. Apa tidaknya, alasannya yang diberikan bahawa dia tidak perasaan bahawa gaun ciptaan Wan Huzairil itu nampak seksi ketika mengambilnya pada waktu petang tanpa sempat mencubanya terlebih dulu dianggap sebagai tidak logik.
Malah, rata-rata pihak berpendapat bahawa pelakon yang berdarah kacukan Melayu-Cina memang sengaja berbuat demikian untuk meraih publisiti. Apa kata Miera Liyana dalam hal ini. Ada juga yang menganggap dia tidak menjaga maruah sebagai seorang yang beragama Islam.
Ketika dihubungi semula murai.com.my , Miera dengan tenang mengakui dia sendiri berasa aib dengan apa yang berlaku dan tidak mahu terlalu memikirkan kata-kata dan hinaan yang dilemparkan kepadanya kerana menurutnya hanya Tuhan sahaja yang layak mengadili dirinya.
"Terus-terang saya sendiri tak suka dengan apa yang telah berlaku ini. Saya juga rasa seperti diaibkan bila melihat kembali gambar itu. Apa tidaknya, ia melibatkan maruah saya, sudah tentu saya rasa rasa kesal. Tapi, tak banyak benda yang saya boleh lakukan.
"Jika saya boleh ulang kembali masa, saya memang mahu perbetulkannya. Tetapi, kini tak banyak yang saya boleh lakukan selain mengambil pengajaran atas apa yang berlaku dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
"Mengenai maruah sebagai seorang yang beragama Islam pula, saya tak mahu bercakap apa-apa kerana ianya sangat sensitif. Bagi saya semua itu hak masing-masing. Saya tak mahu mengulas lanjut saya juga tahu akan hukum-hakam Islam.
"Bagi saya, Tuhan sahaja yang layak untuk mengadilinya bukan orang lain yang sudah tentu tak mengenali diri dan hati budi saya. Cuma saya nak beritahu orang ramai jangan judge saya hanya dari pakaian saya semata-mata tetapi kenal hati budi saya dahulu sebelum mengkritik," jelas pelakon drama Kemalia Katrina ini.
Apabila ditanya, bagaimana reaksi ibu bapanya tentang kontroversi yang melanda dirinya, Miera Liyana memberitahu, dia bersyukur kerana dia dianugerahkan keluarga yang sangat memahami dan sentiasa menyokongnya.
"Alhamdulilah, ibu bapa saya memahami atas apa yang berlaku, biarpun pada awalnya, mereka agak terkejut. Kini mereka terus memberi sokongan terhadap diri saya supaya saya tidak terlalu tertekan dengan apa yang berlaku.
"Lagipun, mereka tahu apa yang saya buat selama ini. Cuma mereka menasihati supaya tidak mengulanginya lagi dan berhati-hati dengan setiap keputusan yang saya ambil," katanya lagi.
Miera Liyana kini baru sahaja tamat menjayakan pengambaran filem Jangan Pandang-Pandang arahan Ahmad Idham dan bakal muncul dengan filem Mamat Khalid, Apokalips di pawagam tidak lama lagi.
4 comments
tunjuk rambut pon dah dosa.. bengong
Tuhan dah bagi AlQuran dan Hadis. situlahlah rujukan. Itulah alat nak tahu akhlak seseorang tu.
Mintak maaf bkn dgn manusia..dengan pencipta ko tu..manusia ni menegur antara satu sama lain je.bkn nak dengki nak apa.bkn nak sekat rezeki ko.klu dah itu je keja yg ko boleh buat,org nak halang camne.memang gini la dunia sekarang.moga ko bertaubat la..klu ngaku islam,tapi rupa camtu,jgn ngaku la..malu..
kate tak sempat nk try baju la kunon, make up sempat plak...hak hak hak..
Post a Comment