Terkini! Mufti Perak Sedia Berjumpa Dengan TG Nik Aziz

Mufti Perak: Saya sedia terima kedatangan Nik Aziz

KUALA LUMPUR, 23 Mac — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata beliau bersedia untuk menerima kedatangan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk membincangkan isu-isu berkaitan hukum Islam - yang sejak kebelakangan ini dikaitkan dengan ‘fatwa’ ketika pilihan raya kecil.

Dalam surat balas kepada Pemuda PAS Perak, Harussani berkata, “saya mengalu-alukan kedatangan beliau dan bersama-sama mencari penyelesaian terhadap apa-apa isu yang diketengahkan.”

Kata Harussani, beliau mengambil pendekatan meraikan hasrat mana-mana pihak untuk bertemu dan berbincang berkenaan apa-apa isu, apatah lagi yang mempunyai kepentingan terhadap umat Islam.

“Jabatan saya sering mengamalkan pintu terbuka terhadap kunjungan mana-mana pihak,” katanya.

Salinan surat respons Harussani ini, yang bertarikh 18 Mac, diedarkan kepada media hari ini.

Sebelum ini, Dewan Pemuda PAS Perak berkata pihaknya berhasrat menemukan Harussani dan Nik Aziz berhubung “perang kenyataan” menyentuh isu-isu Islam baru-baru ini.

Mereka menawarkan diri untuk menjadi orang tengah bagi merealisasikan pertemuan tersebut.

Harussani dalam tulisannya dalam Mingguan Malaysia sebelum ini mengaitkan Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dengan penyataan “undi PAS masuk syurga.”

Tulisan Harussani itu mengundang rasa kurang senang kepada Nik Aziz lalu menghantar surat rasmi kepada Mufti Perak itu untuk memohon penjelasan berhubung dakwaan itu.

Bagaimanapun sebelum ini, Harussani menegaskan, beliau tidak perlu membuat penjelasan kepada Nik Aziz berhubung tulisan responsnya menyentuh isu “undi PAS masuk syurga.”

Ini kerana, jelas Harussani, sekiranya penjelasan diberikan kepada Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan itu akan tetap mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan kehendak agama Islam.

Selain itu, Harussani percaya Nik Aziz akan tetap menggunakan hukum agama dalam politik yang boleh mengelirukan umat Islam.

1 comment

PENENTANG MUNAFIQ said...

Dah politik umnogok je yang masuk syurga. tanya tok peti tu kalau undi umno masuk nerake atau masuk syurgo. sebab ambo kalu buat kerjo nok masuk syurgo tuhan sesok.

Powered by Blogger.