Kejayaan konvensyen bukti muafakat KEADILAN Sabah
KOTA KINABALU: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Ismail berkata konvensyen KEADILAN yang berjaya dianjurkan KEADILAN Sabah membuktikan komitmen parti itu untuk membawa perubahan dan menuntut kedaulatan serta hak rakyat di Sabah.
Dalam konvensyen yang diadakan semalam, sebanyak lapan kertas kerja dibentangkan merangkumi pelbagai isu Sabah seperti isu tanah adat, masalah pendatang tanpa izin dan kuasa autonomi yang dituntut rakyat Sabah.
Konvensyen itu bermula dengan forum Isu Tanah Adat yang diadakan sehari sebelum itu dengan turut menampilkan Exco Kerajaan Selangor, Elizabeth Wong yang berkongsi pengalaman kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor dalam mempertahankan hak tanah orang asal.
“Alhamdullillah, kita panjatkan kesyukuran terhadap Allah SWT kerana dengan izin kurnianya kita berjaya melancarkan dua program besar yang menjadi mercu tanda keazaman KEADILAN Sabah untuk memimpin perubahan di Sabah,” ujar Wan Azizah ketika menyampaikan ucapan penutup pada Konvensyen KEADILAN tersebut semalam.
Menurut Wan Azizah, konvensyen itu juga berjaya membuktikan muafakat KEADILAN Sabah dan julung-julung kalinya menampilkan barisan tokoh pimpinan KEADILAN di negeri itu.
“Ini menunjukkan keupayaan kepimpinan Sabah, dengan kejayaan menggerakkan sokongan akar umbi. Kalau tidak akarnya mana mungkin pokok tegak,
“Ini juga adalah kemenangan rakyat Sabah untuk memimpin perubahan di Sabah,” ujarnya sambil disambut tepukan dari kira-kira 400 hingga 500 perwakilan.
Menyentuh kebangkitan revolusi rakyat di Tunisia dan Mesir Wan Azizah berkata gelombang kebangkitan rakyat tidak mustahil turut berlaku di Sabah.
Umpamanya di Mesir, katanya, bekas Presiden Hosni Mubarak yang berpuluh tahun memegang tampuk kekuasaan dan mempunyai
kekayaan melampau akhirnya tumbang dengan kuasa rakyat dan menjadi pelarian.
“Ini memberi inspirasi kepada penduduk seluruh dunia yang saban hari bergelumang dengan pemerintah yang zalim dan menindas
rakyat sendiri.
“Tatkala pelbagai percubaan membawa angin demokrasi gagal mencetuskan perubahan besar, akhirnya gerakan rakyat yang tidak disusun,
hanya dengan twitter, facebook dan SMS sahaja telah menumbangkan kekuasaan rejim lama yang buruk dan bongkak dengan kekuasaan mereka.
“Maknanya KEADILAN Sabah perlu cepat menghidu dan mengetahui bahawa rakyat negeri Sabah hari ini berbeza dengan rakyat
negeri Sabah 10 tahun yang lalu,” katanya.

No comments
Post a Comment