Putus elektrik, makan malam KEADILAN WPKL disabotaj

KUALA LUMPUR: Unsur sabotaj begitu ketara apabila bekalan elektrik ‘terputus’ sebaik sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan ucapan di Majlis Makan Malam KEADILAN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL).

Bekalan terputus apabila Anwar menaiki pentas sedangkan majlis bertempat di Padang Sultan Suleiman itu, berjalan lancar sebelumnya.

Ketika elektrik terputus selama lebih 10 minit itu, deretan bangunan berdekatan tidak pula terjejas.

Selepas bekalan pulih, Anwar yang dikawal pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), membawa Ketua Umum KEADILAN itu ke pentas dan terus mencapai mikrofon.

“Tak apa, ini perkara biasa kita lalui. Kita tak ganggu majlis orang, (tapi) orang ganggu majlis kita. Sistem ini macam Mubarak sikit,” kata Anwar mententeramkan hadirin.

Sebelum kejadian itu, majlis bermula sekitar jam 8 malam itu menampilkan pimpinan Pakatan Rakyat WPKL yang dimeriahkan hampir 1,000 orang. di mana meja-meja penuh ditempah lebih awal.

Majlis itu bertujuan mencari dana Pakatan Rakyat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. Turut berlangsung ialan pelancaran Buku Jingga, selain acara lelong foto kenangan ditandatangani Anwar.

Antara pimpinan yang berucap ialah Pengerusi majlis itu, Steven KH Tan; Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Wilayah Persekutuan, Dr Idris Ahmad; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Khalid Ibrahim.

No comments

Powered by Blogger.