Keselamatan dan kebajikan rakyat Selangor di Jepun, terjamin

KUALA LUMPUR, 14 Mac – Kerajaan negeri tidak perlu membawa pulang pelajar dan rakyat Selangor dari Jepun buat masa ini kerana keselamatan dan kebajikan mereka terjamin sungguhpun negeri itu dilanda tsunami dan gempa bumi yang dashyat.

Pada masa sama Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menawarkan bantuan perubatan termasuk khidmat kejururawatan untuk di kerah ke Jepun sekiranya diperlukan oleh negara itu.

Khalid berkata majoriti rakyat Selangor di Jepun berada di utara Jepun dalam keadaan selamat manakala malapetaka berkenaan melanda wilayah selatan.

“Saya tidak akan memanggil mereka semua untuk balik kerana merujuk kepada kedutaaan jepun dan website kerajaan Jepun tiada notis dikeluarkan ataupun keperluan mengenai rakyat perlu keluar dari Jepun, tiada pengumuman oleh itu janganlah kita tergesa-gesa membuat keputusan”

Khalid bagaimanapun menegaskan semua pihak termasuk kerajaan Selangor bagaimanapun berada dalam keadaan bersiap sedia bagi menghadapi kemungkinan.

Tambah Khalid, pihaknya juga bersedia untuk menawarkan bantuan jika perlu kepada Tokyo.

Bantuan yang dimaksudkan merangkumi khidmat perubatan untuk mangsa-mangsa tsunami dan gempa bumi berkenaan.

“Kita doakan untuk keselamatan mereka pada setiap masa. Pada waktu yang sama lawatan ini memberi peluang kepada kami untuk menawarkan bantuan bagi mengurangkan kesan bencana ini,” kata Khalid.

Khalid bagaimanapun yakin Jepun selaku kuasa ekonomi Asia yang unggul berkemampuan untuk menangani krisis berkenaan.

“Saya menganggap Jepun mempunyai kebolehan dan keupayaan yang sangat cukup untuk menyelesaikan masalah mereka tetapi sebagai saudara kita juga sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan untuk memberi bantuan supaya kita dapat merasakan bersama kesedihan mahupun suka”

Tawaran bantuan kerajaan Selangor dihulurkan apabila Khalid mengetuai rombongan Pakatan Rakyat ke Kedutaan jepun di Kuala Lumpur untuk merakaman takziah atas malapetaka paling dashyat yang melancda Negara itu dalam lebih seratus tahun.

Rombongan ini disambut, Timbalan Ketua kedutaan tersebut, Koichi Ito.

Pada pertemuan itu, Menteri Besar menyatakan bahawa rakyat Selangor sentiasa mendoakan kesejahteraan mangsa-mangsa yang terselamat dalam bencana alam berkenaan.

Koichi berkata, beliau akan merujuk bantuan yang ditawarkan oleh kerajaan Selangor kepada kerajaan Jepun dalam waktu terdekat untuk tindakan susulan.

Rombongan Menteri Besar turut disertai barisan EXCO kerajaan negeri, Ahli Parlimen Pakatan termasuk Kamarul Baharin Abbas, Tian Chua dan Nurul Izzah serta Dr Dzulkefly Ahmad.

No comments

Powered by Blogger.