Larangan jualan loteri, PR hantar delegasi ke Kelantan
KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat akan menghantar delegasi untuk menemui Menteri Besar Kelantan bagi mendapatkan gambaran tepat berhubung larangan penjualan loteri, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada sidang media di Parlimen hari ini, Anwar berkata, dua wakil dari setiap parti gabungan Pakatan Rakyat dijangka membuat kunjungan itu, selewat-lewatnya Khamis ini.
Meraka, katanya, ialah Ketua Pemuda Sosialis DAP, Anthony Loke; Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua; Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.
“Kita menegaskan keperluan untuk menyerahkan kebijakan membuat keputusan ini kepada pihak negeri. Kita akan jelaskan kepada rakan dalam Pakatan Rakyat tentang pendirian Islam yang tegas dalam isu judi,” kata Anwar.
Beliau berkata, kuasa meluluskan judi di tangan kerajaan Persekutuan dan sebarang perubahan undang-undang sedia ada di negeri Pakatan memerlukan perbincangan di kalangan pimpinan.
“Kita ada kaedah dan mekanisme tertentu. Pimpinan Pakatan Rakyat harus berwaspada atas tindakan yang boleh mengeruhkan suasana dan salah tafsir,” katanya.
Selain itu, Anwar berkata, satu pertermuan akan diadakan bersama kumpulan yang membantah penggunaan novel Interlok, Khamis ini.
“Pendapat kita, sebagai novel – sesebuah karya sastera tidak harus ada larangan, pengharaman ataupun pembakaran. Pakatan Rakyat mesti mengambil kira keprihatinan dan sensitiviti kaum di negara kita terhadap buku itu,” katanya.
Beliau berkata, antara perkara yang disentuh dalam perbincangan itu termasuk aspek yang didakwa menyinggung dan menghina masyarakat India.

1 comment
Salam Bro.
Tindakan YB datok Seri Anuwar Ibrahim menghantar deligasi mengadap YAB Tuan Guru Nik Aziz Menteri Besar Kelantan patut dosokong kerana hasratnya amat murni untuk menjaga kepentingan rakyat.
Perbincangan dan bertukar-tukar pandangan di kalangan para pemimpin harus berlaku dengan seluas-luasnya supaya pentadbiran dan pengurusan yang terbaik boleh diberikan kepada rakyat keseluruhannya.
Post a Comment