Mengecam Campur Tangan Amerika
1. Konflik yang berlaku di Libya sememangnya menyaksikan kezaliman pemerintahan Muammar Gaddafi apabila beliau nekad mengisytiharkan perang dengan rakyatnya sendiri. Kini angka korban telah mencecah ribuan nyawa setelah tercetusnya kebangkitan rakyat menolak kepimpinan Muammar Gaddafi baru - baru ini.
2. Berbeza dengan siri kebangkitan rakyat di Tunisia, Mesir, Yaman, Algeria, Maghribi, Bahrain, Oman dan Jordan, Libya berhadapan dengan campurtangan pantas Amerika yang kini telah menempatkan kapal perang dan tentera lautnya diperairan Libya. Malah PBB telah mengenakan sekatan ke atas Libya demikian juga Majlis Hak Asasi telah mengambil tindakan ke atas Libya.
3. Uniknya Libya adalah antara negara pembekal minyak yang strategik ekoran kualiti minyak yang dihasilkannya menepati sebahagian besar keperluan minyak dunia. Sejak dulu kelihatan barat sangat "cemburu"kan kedudukan Libya dan segalanya adalah dari kerana minyak.
4. Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia sejak awal mengutuk kekejaman yang dialkukan oleh Muammar Gaddafi ke atas rakyatnya sendiri serta mendesak agar Muammar segera berundur dan akur dengan desakan rakyat demi keamanan dan kesejahteraan Libya dan seluruh rakyatnya.
5. Pada masa yang sama, Dewan Pemuda PAS Malaysia juga tegas mengecam sebarang bentuk campur tangan asing khasnya Amerika ke Libya dan keseluruh rantau negara - negara bergolak di Timur tengah dan utara Afrika. Justeru campur tangan tersebut dilihat sebagai satu pencabulan antarabangsa, menodai kedaulatan negara lain dan ia juga merupakan satu penjajahan moden yang sedang diusahakan oleh kuasa besar itu untuk menakluki daerah minyak strategik dunia.
6. Campur tangan Amerika hanya menambah rosak dasar luar negara tersebut terutama kepada negara - negara ummat Islam. Saya bimbang ia terus membina persepsi buruk dunia khasnya dunia Islam kepada Amerika dan ini akan meletakkan kesejahteraan dan keamanan dunia terus terancam .
7. Beri peluang rakyat Libya membangunkan negara mereka sendiri dan kami percaya rakyat Libya mampu mengurus kezaliman Muammar Gadaffi tanpa perlu campur tangan Amerika dan pihak asing. Dunia sewajarnya menghormati kedaulatan sesebuah negara. Biarpun negara mereka sedang bergolak, ia bukan alasan untuk pihak asing pantas menerpa untuk mencampuri urusan negara tersebut.
8. Dewan Pemuda PAS Malaysia mengharapkan sokongan dunia antarabangsa agar membantah langkah yang diambil oleh Amerika yang bersikap seperti polis dunia dari terus campur tangan di rantau negara - negara bergolak itu lantaran ia bakal merumitkan lagi keadaan pergolakan dalaman yang berlaku khasnya di Libya.
9. Dunia boleh mengambil pelajaran atau iktibar dari campur tangan Amerika di Iraq dalam krisis menjatuhkan Saddam Hussain dan Kuwait sebelumnya sewaktu perang Teluk. Sehingga hari ini, daerah - daerah itu tidak aman dan Amerika sehingga kini masih bertapak kukuh di Iraq dan Kuwait walaupun telah mengisytiharkan pengunduran sistematik kononnya.
10. Tindakan Amerika yang disedari umum bahawa mereka "mudah masuk tetapi payah hendak keluar" adalah suatu yang tidak boleh dibenarkan berleluasa. Keamanan dunia akan tergugat dan Amerika akan terus hilang hormat di mata dunia antarabangsa biarpun mereka berkuasa. Malah tidak Mustahil pada suatu masa kelak, kebangkitan rakyat akan meletus dari dalam negara Amerika sendiri kerana membantah dasar luar yang sering dan gemar mencampuri urusan negara lain.
Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan
Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

No comments
Post a Comment