Semangat Rosli Dhobi bawa 150 ahli baru Cabang Serian
Cabang KEADILAN Serian menerima 150 ahli baru terdiri daripada golongan wanita dan anak muda, kebanyakan keturunan Bidayuh pada 12 Februari lalu.
Pertambahan itu membolehkan dua lagi ranting diwujudkan menjadikan cabang berkenaan kini memiliki 31 ranting. Dua ranting baru itu ialah Kampung Merian Bedup dan Kampung Melayu Hilir Serian.
Timbalan Setiausaha Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak, Mark Murau Sumon, berkata ratusan anak muda menyertai KEADILAN atas kesedaran untuk melakukan perubahan pada pilihan raya negeri akan datang.
“Antara isu utama melibatkan anak muda ialah kadar pengangguran dan gaji anak tempatan yang sama dengan gaji warga asing.
“Mereka yang bekerja sebagai pembantu jualan di kedai, misalnya dibayar RM350 sebulan sekaligus tergolong dalam kategori miskin tegar,” kata Pengerusi Tetap Cabang Serian itu.
Sokongan rakyat terhadap KEADILAN di Sarawak semakin menyerlah
Turut serta ialah Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Zulrusdi Mohamad Hol; Naib Ketua AMK Pusat, Azmizam Zamanhuri; Ketua AMK Sarawak, Ahmad Nazib Johari dan pimpinan lain di cabang itu.
Azmizam yakin dengan berbekalkan semangat pahlawan tempatan, Rosli Dhobi, KEADILAN yakin dapat menawan semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Santubong.
“Anak muda dan rakyat Sarawak sudah menyampah dengan Barisan Nasional. Kerajaan Sarawak sejak dipemerintah Taib Mahmud sebenarnya kaya raya dengan harta berbilion hasil monopoli ahli keluarga mereka,” katanya.

No comments
Post a Comment