Siapa Farok Majeed dan kaitan dengan kekayaan adik Taib Mahmud?
Fokus Isu [onn] SEJAK sembilan bulan yang lalu Sarawak Report telah berusaha mencari Farok Majeed, kali terakhir dia bekerja di luar Sydney untuk saudara Ketua Menteri Sarawak, iaitu Onn Mahmud. Kami gagal mengesan Encik Majeed sejak dia hilang dalam masa kes mahkamah di mana dia telah menyaman Onn Mahmud lebih $15 juta dollar Australia.
Pada laporan kami yang lalu, kami telah memperincikan bagaimana Farok telah menyerahkan bil-bil kepada Onn Mahmud bagi kerja-kerja “membangunkan dan menguruskan” projek mengenai sebuah penthouse yang termahal di Australia.
Onn Mahmud - Taib's brother and former businessness partner and chief of family businesses CMS
Kes mahkamah itu juga memperincikan lebih banyak urusan harta yang berkaitan dengan Onn Mahmud, tetapi kes itu berhenti separuh jalan setelah kehilangan Farok Majeed.
Hakim Australia, Tuan Hakim Brereton dari Mahkamah Tinggi New South Wales, telah menangguhkan perbicaraan ke atas kes itu pada 1hb Januari 2008 atas dasar Encik Farok Majeed telah gagal menghadirkan diri ketika itu dan juga pada perbicaraan 13hb Disember 2007 yang lalu.
Memandangkan Farok Majeed gagal menghadirkan diri ke mahkamah, hakim Brereton telah mendendanya dengan mengenakan hukuman sebanyak $2,212,615 sebagai gantirugi yang harus dibayar kepada Onn Mahmud atas kerja-kerja yang belum berbayar yang dilakukan oleh syarikat Australasia Pacific milik Farok Majeed.
Hakim berkenaan juga meminta Farok Majeed membayar perbelanjaan guaman Onn Mahmud pada perbicaraan akan datang. Alangkah gembiranya hati kami mengetahui jika Onn Mahmud dapat membuktikan bahawa dia telah menerima bayaran-bayaran yang dijelaskan oleh Farok Majeed.
Kes berkenaan telah ditangguhkan pada bulan Februari 2008, tetapi tiada bukti menunjukkan dia telah melakukan apa yang telah diperintahkan oleh mahkamah.
Skandal dan bukti Farok mengenai kekayaan Onn
Kes Farok Majeed menentang Onn Mahmud timbul serentak pada masa saudara Ketua Menteri itu menghadapi tekanan masalah yang begitu sensitif.
[onn flat]
1902 Peach Gardens - a Singapore penthouse worth over $7 million Singapore Dollars. At 5,261 square feet and with 5 bedrooms Estate Agents rave that you "cant find such a spacious apartment anymore"
Akhbar-akhbar Jepun telah mula melaporkan mengenai badan percukaian mereka sedang mendakwa syarikat-syarikat perkapalan Jepun kerana membayar berbilion-bilion dollar hasil keuntungan tak-isytihar bagi penjualan dan pengankutan kayu bergergaji kepada sebuah syarikat di Hong Kong yang diuruskan oleh setiausaha peribadi Onn Mahmud, iaitu Kin Kwok Shea.
Syarikat Regent Star yang menjalankan operasi menggunakan ruang pejabat yang sama dengan pejabat Syarikat Richfold milik saudara perempuannya, di mana Onn juga merupakan pemegang utama ke atas saham-saham di situ.
Dalam masa berlakunya skandal itu Onn bertindak selaku pengarah dan juga pemegang saham di syarikat Achipelego, yang telah dilesenkan untuk mengawal ekspot kayu-kayan dari negeri Sarawak oleh saudaranya sendiri, Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud.
Syarikat-syarikat perkapalan dari Jepun mendakwa mereka menghadapi kesukaran mendapatkan lesen ekspot dari Achiplego sehingga bayaran dibuat kepada Regent Star!
[farok case]
The list of properties Majeed claims he worked on for Onn Mahmud in Australia.
Harta-harta yang dinyatakan dalam dokumen Farok yang difailkan di mahkamah
Kes mahkamah Farok Majeed, pada mulanya difailkan pada bulan September 2006, jelas menunjukkan bahawa dia telah diberikan suatu kontrak kerja oleh Onn untuk membangunkan beberapa harta mewah di Sydney.
Kerja-kerja itu diperincikan di dalam dokumen-dokumen mahkamah, termasuk butir-butir kediaman-kediaman eksklusif milik Onn Mahmud di Singapura dan Sydney. Farok juga pernah didengar cuba mengemukakan saman mahkamahnya ke atas kediaman-kediaman Onn yang lain, dengan memberikan alamat-alamatnya sekali.
Farok juga telah mengemukakan beberapa bukti yang berkaitan dengan syarikat-syarikat hartanah milik Onn, isteri dan anak-anaknya.
Pertamanya, Farok menyebut mengenai flat keluarga Onn di 1902 Peach Gardens, Singapura. Ianya merupakan sebuah apartmen penthouse bekembar, mempunyai ruang yang luas bagi sebuah bandaraya yang sesak. Kembar apartmen tersebut yang serupa telah diiklankan dengan tandaharga sebanyak $7 juta dollar Singapura.
Namun, kemegahan Peach Gardens kelihatan kurang berbanding sebuah lagi kediaman keluarga Onn di 26 Carrara Road, Vaucluse di barat Australia, di mana Farok Majeed juga didapati cuba mengemukakan samannya.
Kediaman tersebut dikatakan sebagai salah sebuah premis yang paling pintar yang dibina di sebuah kawasan paling mahal di Sydney. Premis-premis di Carrara Road secara konsistennya pernah mencatatkan harga jualan paling tinggi di Sydney, di mana salah sebuah rumah di situ telah dijual pada harga $27 juta dollar Australia pada masa pasaran hartanah sedang mengalami kemerosotan.
Luasnya harta, hasil pembalakan yang dicemari rasuah?
Para penunjuk perasaan kini menuntut agar harta-harta keluarga Taib di Australia, US, Canada, UK dan lain-lain negara seharusnya disiasat sebagai hasil jenayah rasuah yang berkisar pada industry kayu balak Sarawak.
Terdapat beberapa siri tunjuk perasaan telah dirancang untuk diadakan di Australia pada minggu hadapan, mulai Isnin di Sydney. Hubungan mesra antara Onn Mahmud dengan beberapa usahawan-usahawan pembalakan Sarawak akan menjadikan harta-hartanya sasaran-sasaran siasatan.
Berdasarkan keterangan-keterangan yang didokumenkan, di mana pada tahun 1983, Onn dan isterinya telah melaburkan modal saham mereka sebanyak RM2.00 ke dalam anak syarikat Achi Jaya, iaitu Achipelego Shipping, yang kemudiannya dilantik oleh Taib secara nepotisme, untuk mengawal pengeluaran lesen-lesen mengangkut kayu-kayan dari Sarawak.
Setelah hanya beberapa tahun memainkan peranan berkenaan, walaupun di tengah-tengah skandal, kami dapat membuktikan bahawa pasangan itu telah hidup secara sederhana kepada hidup yang mampu memiliki beberapa hartanah yang menakjubkan di peringkat antarabangsa.
Kami telah dapat menjejaki dan mengenalpasti harta-harta mereka di Amerika Utara, Sarawak, Malaysia dan kini beberapa harta mewah di Australia, terima kasih kepada maklumat yang diberikan oleh Encik Farok Majeed.
Malaysia
[coronade kl 20 story 225 rooms]
The 20 story, 225 room Coronade Hotel in downtown KL sold for RM 93 million last year
Dokumen-dokumen mahkamah yang dibuat oleh Farok menunjukkan bahawa beliau pernah cuba untuk memberikan surat-surat kepada Onn secara bersemuka di hotelnya di Kuala Lumpur.
Hotel berkenaan adalah The Coronade, sebuah hotel pencakar langit di tengah-tengah Kuala Lumpur yang telahpun dijual pada tahun lalu dengan harga RM93 juta. Setelah menjual The Coronade, Onn dikatakan melabur semula di Langkawi dengan membeli sebuah hotel bertaraf 5 bintang.
Ladang-ladang – jualan RM930 juta
[4588604305_6b32fec29f[1]] Commercial Skyscraper – Ottawa’s ‘Xerox Tower’, part of the Sakto Property Empire which Onn founded with Taib’s children in Canada
Dalam konteks ini kita tidak harus mengenepikan perladangan yang diusahakan oleh Mahmud, yang boleh kita temui di seluruh bumi Sarawak yang digunakan untuk mengembangkan pelaburannya ke seluruh Malaysia dan luar negara.
Pada suatu ketika Onn telah menjual ladangnya seluas 30,000 hektar dengan harga RM930 juta, iaitu pada harga RM31 ribu seekar! Para pembaca kita pastinya masih ingat akan laporan mengenai rakyat di kawasan pilihanraya Balingian yang telah dibayar RM250 untuk seekar tanah NCR mereka oleh pengusaha ladang.
Nampaknya Taib dan orang-orang BN-nya tidak sedikitpun bersimpati dengan rakyat mereka yang hidup merana setelah mereka kehilangan tempat mencari makanan.
Adalah relevan bagi kita untuk perlu mengetahui hubungan perniagaan antara Onn Mahmud dan Farok Majeed. Farok, menurut maklumat dalaman kita, pada asalnya terlibat menguruskan kegiatan pengambilan tanah-tanah NCR untuk Taib Mahmud di Sarawak, dan beliau juga dikenali sebagai pakar rundingan tanah NCR.
Banyak lagi harta di Australia
Namun pada tahun 2007, Farok Majeed telah mengemukakan tuntutan saman pada Onn bagi kerja-kerja yang didakwanya telah dilakukannya untuk membantu Onn membangunkan beberapa projek di Australia.
Salah sebuah projek yang dinamakan dalam kes berkenaan adalah merupakan ‘hotel butik’ yang masih dimiliki oleh Onn yang dikenali sebagai The Valentine yang terletak di George Street, dan yang telah dirasmikan oleh Sultan Kedah pada tahun 2007.
Pembangunan The Valentine dan dua buah lagi restoren, yang dimiliki dan diuruskan sepenuhnya oleh isteri Onn, suadara, dan anak perempuannya, telah menjadi perniagaan yang berprofil. Namun, bukanlah ketinggian profil perniagaannya yang diterima di situ.
Syarikat Donmastry di Australia, yang memaju dan pembangunkan harta Onn itu pernah menjadi bahan perbincangan dalam dewan parlimen di Australia berikutan beberapa siri skandal yang wujud dan dilaporkan di dalam akhbar-akhbar negara itu. Antara lainnya, adalah kes di mana para pekerjanya mengadakan tunjuk perasaan kerana tidak dibayar gaji.
Publisiti berkenaan telah ditujukan terhadap seorang pemegang saham yang juga selaku pengarahnya, James Nasmi, tetapi para pemegang utama saham-saham dalam syarikat itu adalah isteri, anak perempuan dan juga adik ipar Onn Mahmud sendiri.
Farok Majeed telah mengemukakan saman tuntutan terhadap Onn kerana telah mengeluarkan belanja untuk mengheret James Nasmi ke mahkamah mengenai kes tersebut, sebagai mana yang dinyatakan di dalam dokumen-dokumen yang difailkannya di mahkamah.
Onn telah jelas mencuba untuk memisahkan dirinya dari pelbagai perniagaan yang berkaitan dengan hartanah, di mana dia pada asalnya memegang saham di dalam syarikatnya, Kesuma Holdings. Pada awal 2009, Onn telah membubarkan Kesuma Holdings. Namun pemilikan syarikat-syarikat lain oleh isteri, anak perempuannya dan juga adik iparnya yang berpangkalan di Carrara Road telah menggagalkan cubaannya menyembunyikan identiti dan penglibatannya!
Penthouse yang paling mahal pernah dijual di Sydney!
Namun, menurut Farok lagi terdapat sebuah lagi harta yang dianggap amat signifikan yang melibatkan Onn Mahmud. Harta berkenaan, Ten Wylde Street, telah menarik perhatian akhbar-akhbar Australia yang terletak di kawasan pekan pelabuhan Potts Point, yang telah dijual dengan harga yang telah mencatatkan rekod jualan sebanyak $20 juta dollar Australia pada tahun 2008!
Penthouse berkenaan merupakan salah satu siri flat-slat yang dibangunkan semula yang melibatkan Onn. Kerja-kerja pembangunannya sebenarnya dilakukan ke atas bangunan-bangunan yang lama, yang kemudiannya mahkamah telah mendapati bahawa Onn telah membeli bangunan berkenaan dan diperbaikinya semula bertujuan untuk dijual sebagai flat-flat berkualiti tinggi.
Kemudian, besar kemungkinan Onn telah bertindak selaku ‘pembeli bermisteri’ ke atas rumah itu dengan menyetujui harga jualannya RM20 juta dollar Australia, yang akhirnya terdedah pada pengetahuan umum. Pihak berkuasa Australia seharusnya memutuskan bahawa suatu siasatan perlu dijalankan, sama ada produk-produk hasil dari kegiatan rasuah pembalakan di Sarawak telah terjana sebagai sumber untuk mempengaruhi kuasa belian ke atas pasaran hartanah mereka!
Apakah yang terjadi kepada Farok kini?
Pihak kami ingin menjalankan siasatan selanjutnya ke atas perkara ini dan untuk mengetahui apakah aset-aset yang dimiliki oleh beberapa syarikat seperti yang terdapat di dalam dokumen-dokumen yang dikemukakan Farok kepada mahkamah.
Namun, kami masih gagal menemui Farok Majeed. Kami faham bahawa dia sememangnya telah dijadikan bankrap di beberapa peringkat, maka kami mengandaikan Farok tidak berjaya menuntut segala sesuatu bayaran balik daripada keluarga Mahmud.
Namun kesemua bekas tempat kerja dan tempat pengajiannya tidak dapat memberikan kami sebarang maklumat mengenainya.
Farok Majeed merupakan pengasas dan pengerusi persatuan pengubahsuai dan pembangun bangunan di Singapura, yang dikenali sebagai RADAC. Namun, walaupun Farok telah menggunakan alamat RADAC dalam laporan tahunan bagi tahun 2010, tiada seorangpun dalam RADAC tahu akan bos mereka itu.
Sebaik sahaja setelah kami bertanyakan pemergiannya, RADAC telah menggantikan Majeed sebagai pengerusi mereka dengan orang lain. Para staf dalam RADAC juga memberitahu kami bahawa mereka tidak Berjaya mengesannya sejak beberapa bulan yang lalu.
Begitu juga sebuah pertubuhan yang dikaitkan dengan Farok, Construction Dispute Resolution Services yang beribupejabat di US, telah memberitahu kami bahawa mereka juga telah gagal mengesannya “sejak dua tahun yang lalu”.
Kami juga telah cuba untuk mengesannya di bekas tempat pengajiannya, University of Sydney, tetapi professornya juga memberitahu kami bahawa Farok tidak kedengaran sejak sekian lama.
Akhirnya kami cuba mendapatkan peguam kebankrapannya, namun mereka juga mengatakan bahawa mereka telah gagal mengesannya. Syarikat-syarikatnya telah ditutup dan dia tidak lagi didaftarkan menggunakan sebarang alamat dan agensi penyiasat persendirian di Australia juga gagal mengesannya. Mungkin dia telah kembali ke Malaysia? Mungkin juga dia menyembunyikan dirinya, sesuatu yang pelik dilakukan oleh seseorang jururunding perniagaan hartanah?
Mungkin Encik Farok Majeed telah berjaya mengases artikel ini dan menghubungi kami, maka kami amat percaya dia boleh memberikan kami maklumat-maklumat yang ekstensif mengenai harta kekayaan keluarga Taib Mahmud?
Sebaliknya, mungkinkah Encik Onn bin Mahmud dapat member kami segala maklumat yang kami perlukan? Mungkinkah Onn dapat memberitahu kami apa yang telah terjadi ke atas bekas rakan niaganya dan juga penasihat undang-undangnya, Farok Majeed?
http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=12744

No comments
Post a Comment