Stor Perodua hangus

Oleh NUR AISHAH AMIN
nuraishah.amin@kosmo.com.my

http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2011/0301/Kosmo/Negara/ne_06.1.jpg

ANGGOTA Bomba dan Penyelamat memadamkan api di stor Perodua yang menyimpan kereta Myvi dan Viva di Puchong Jaya semalam.

PUCHONG – Beberapa kakitangan sebuah stor milik Perodua yang menyimpan 40 buah kereta jenis Myvi dan Viva bertindak melarikan diri selepas premis tersebut terbakar dekat Plaza Perabot Puchong 1, Jalan Layang-layang 3, Puchong Jaya di sini semalam.

Kejadian pukul 1 petang itu mengakibatkan kesemua kereta tersebut hangus. Difahamkan, kerugian dianggarkan bernilai lebih RM500,000.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Penyelamat dan Bomba Selangor, Penguasa Kanan Bomba II, Anuar Harun berkata, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada pukul 1.25 petang.

Katanya, api dapat dikawal kira-kira 20 minit selepas itu dan tiada kemalangan jiwa dalam kejadian tersebut.

“Beberapa petugas yang berada di premis itu bergegas menyelamatkan diri sebaik menyedari kebakaran tersebut. Salah seorang mereka kemudian menghubungi pihak berkuasa untuk memaklumkan mengenai kejadian tersebut,” katanya ketika dihubungi semalam.

No comments

Powered by Blogger.