Geng nelayan Vietnam bertempur

Oleh MUSTAPA LAKAWA
mustapa.lakawa@kosmo.com.my

http://kosmo.com.my/kosmo/pix/2011/0301/Kosmo/Negara/ne_08.1.jpg

SEBAHAGIAN dua kumpulan warga Vietnam yang ditahan setelah terbabit dalam pergaduhan di Pelabuhan Perikanan Chendering semalam.

KUALA TERENGGANU - Dua warga Vietnam cedera parah selepas terlibat dalam satu pergaduhan sesama sendiri membabitkan dua kumpulan nelayan di jeti Pelabuhan Perikanan Chendering dekat sini semalam.

Pergaduhan ala gengster melibatkan 19 nelayan warga Vietnam berusia dalam lingkungan 20-an itu berlaku kira-kira pukul 8 pagi sejurus mereka tiba di jeti berkenaan selepas pulang daripada menangkap ikan.

Difahamkan, berlaku kejadian kejar mengejar sejauh 300 meter membabitkan kedua-dua kumpulan itu yang bersenjatakan parang dan batang besi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner, K. Manoharan berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 8.20 pagi sebelum bergegas ke tempat kejadian dan menahan enam suspek.

Menurutnya, polis turut menemui beberapa senjata tajam seperti parang dan besi dipercayai digunakan semasa pergaduhan sementara dua nelayan yang cedera kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

No comments

Powered by Blogger.