GERAKAN Bagi Gred F Kat Kerajaan Pulau Pinang? Dasar Muka Tak Malu!

Gerakan beri k'jaan Pulau Pinang gred 'F'

Susan Loone


Pentadbiran Ketua Menteri Lim Guan Eng hari ini diberikan gred 'F' dari segi tadbir urus dan prestasi yang baik, sejak Pakatan Rakyat mengambil alih kerajaan negeri pada bulan Mac 2008.

Markah itu diberikan oleh Gerakan Pulau Pinang berdasarkan lima projek yang dianalisis sepanjang prestasi tiga setengah tahun pentadbiran Lim dan mendapati beliau gagal dalam semua projek berkenaan.

Ini termasuk projek Pusat Konvensyen Antarabangsa Pulau Pinang (SPICE) di Relau, tempat letak kereta 'Kancil' di kaki Bukit Bendera, projek wifi percuma, menara telekomunikasi (telcos) yang haram dan kesesakan lalu lintas.

Ketua biro publisiti Gerakan Dr Thor Teong Ghee berkata parti itu mahu bertindak sebagai pembangkang yang baik, dan akan memberi kritikan membina bagi semua lima projek itu.

Kataya dalam projek SPICE, perjanjian yang dimeterai berat sebelah dan memihak pemaju - Eco Meridian Sdn Bhd / SP Setia Berhad - ia perlu dirundingkan semula dan kandungan kontrak didedahkan kepada orang ramai.

BN juga membidas Lim kerana memberikan pemaju konsesi untuk membina rumah-rumah yang melebihi 1,500 unit - ketumpatan maksimum yang dibenarkan dan menyediakan tanah percuma untuk membina 450 rumah kos rendah sederhana di atas tanah yang lengkap dengan infrastruktur.

Bagaimanapun, kerajaan negeri berkata dengan menswastakan projek itu, berjaya menyelamatkan wang penduduk Pulau Pinang sebanyak RM250 juta. Ini, termasuk menyediakan taman eko seluas tujuh ekar di atas bumbung untuk kegunaan orang ramai.

"Kerajaan negeri telah melakukan apa yang diperlukan tanpa menyebabkan kerugian kepada penduduk Pulau Pinang," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar.

No comments

Powered by Blogger.