Najib Terdesak Sekarang

Tiada had umur asalkan calon BN boleh menang, kata Najib

PUTRAJAYA, 10 Nov — Barisan Nasional (BN) tidak meletakkan had umur dan juga tanpa mengira berapa kali menjadi wakil rakyat bagi calonnya pada pilihan raya umum ke-13 asalkan calon berkenaan boleh menang, kata Datuk Seri Najib Razak hari ini.

Sambil mengakui pilihan raya umum akan datang sebagai sengit, Perdana Menteri berkata apa yang penting ialah individu berkenaan adalah calon terbaik untuk Barisan Nasional (BN).

"Calon boleh menang ini boleh merangkumi semua, tidak kira muda atau tua, tidak ada had umur, tidak ada had berapa kali menjadi wakil rakyat. Kesimpulannya, calon boleh menang," kata beliau dipetik Bernama Online.

"Tidak kira umur, tidak kira berapa kali jadi wakil rakyat, tidak kira jika orang kata kitar semula, yang penting sekali ialah calon boleh menang, sebab kita nak BN menang dengan cemerlang dalam pilihan raya umum nanti," katanya ketika menyampaikan amanat pada majlis bersama ahli Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia di Seri Perdana di sini.

Pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat sebaik sahaja beliau kembali ke tanah air selepas selesai menunaikan haji.

Najib yang juga Pengerusi BN kembali ke tanah air semalam.

Beliau telah berulang kali menekankan soal calon boleh menang pada pilihan raya umum kali ini.

No comments

Powered by Blogger.