Nak Cepat Jadi Ahli Dewan Negara, Kena Kaw-Kaw Kutuk Anwar. Tengok Ni

Datuk Nalla dilantik senator, angkat sumpah esok

Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR, 1 Nov ― Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) Datuk K S Nallakaruppan yang juga bekas rakan sukan tenis Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai senator.

Nallakaruppan yang menubuhkan parti itu selepas keluar Parti Keadilan Rakyat (PKR) empat tahun lalu mengesahkan beliau telah menerima surat pelantikan sebagai anggota Dewan Negara minggu lalu.

Beliau dijadual mengangkat sumpah esok.

“Ya, saya sudah terima surat pelantikan. Angkat sumpah esok,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Mengenai reaksinya, Nallakaruppan, 65, berkata, beliau menerimanya sebagai satu penghormatan kepada parti itu.

“Biar saya angkat sumpah dulu, nanti saya akan katakan rancangan saya... masih terlalu awal,” kata beliau mengenai isu-isu yang beliau akan bawa kelak.

MIUP memberi sokongan kepada Barisan Nasional pada pilihan raya umum 2008.

Sejak keluar PKR beliau banyak mengeluarkan kenyataan-kenyataan mengkritik parti itu khususnya Anwar.

1 comment

Unknown said...

dah agak dah, siapa yang pandai ampu bodek dia akan dapat jawatan masuk ikut tingkap.

Powered by Blogger.