Mangsa banjir Kelantan, Terengganu meningkat
KOTA BARU, 23 Nov — Berikutan hujan lebat yang melanda Kelantan sejak tiga hari lalu, jumlah mangsa banjir yang kini ditempatkan di pusat pemindahan sementara meningkat kepada 235, berbanding 26 yang direkodkan semalam.
Dua daerah di negeri ini kini dilanda banjir iaitu Kota Baharu dan Pasir Puteh.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Negeri berkata di Pasir Puteh, pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Bukit Awang dibuka sejak semalam.
“Di Kota Baru, dua pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Mulong dan Sekolah Kebangsaan Tiong, dibuka malam tadi,” katanya dipetik Bernama Online.
Paras air di empat sungai utama di Kelantan berada pada tahap berjaga-jaga manakala Sungai Golok di Jenob dan Sungai Golok di Rantau Panjang berada pada paras amaran.
No comments
Post a Comment