Nik Aziz: PAS tubuh panel khas pilih calon PRU-13

KOTA BARU, 18 Nov — PAS telah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 bila-bila masa tetapi mahu berhati-hati dalam soal pemilihan calon yang bakal bertanding, kata Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata pihaknya berhati-hati dalam hal ini dan telah menubuhkan jawatankuasa khas untuk menilai prestasi seseorang calon.

“PAS tidak ada masalah dalam pemilihan calon, kerana kita mempunyai ramai calon berkelayakan cuma pemilihan perlu dibuat melalui jawatankuasa khas yang dibentuk dari peringkat akar umbi hingga ke peringkat tertinggi parti,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di dataran ilmu hari ini.

Dipetik Bernama Online, Mursyidul Am PAS berkata apa yang pasti wakil rakyat yang gagal menunjukkan prestasi cemerlang ketika diberi peluang menjadi calon dalam pilihan raya lepas, tidak akan dipilih lagi kali ini.

PAS memerintah Kelantan sejak 1990.

Parti Islam itu membentuk kerjasama dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

No comments

Powered by Blogger.